SERI KEMBANGAN – Sempena Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi, Yayasan IKRAM Malaysia sedang menganjurkan projek Qurban Kasih Ummah melibatkan dua kategori.
“Kami menawarkan dua kategori kepada anda, Qurban Lembu (RM760 satu bahagian) dan Infaq Aidil Adha (RM60),” ujar Yayasan IKRAM Malaysia.
Menurutnya, Infaq Aidil Adha adalah tajaan barangan asas memasak kepada sebahagian penerima-penerima daging korban yang disedekahkan seperti bawang, cili, sayur, lobak merah, ubi kentang, kubis bulat dan ayam seekor.”
Tambahnya, dua tawaran ini dibuka bagi membantu keluarga yang benar-benar memerlukan meraikan Aidiladha dengan menaja daging korban dan bahan asas memasak.
Sehingga hari ini, jumlah terkumpul bagi Qurban Lembu ialah 49 bahagian dan Infaq Aidil Adha sebanyak RM887.22.
“Satu bahagian sahaja yang tinggal untuk anda sertai ibadah Qurban Kasih Ummah bersama kami.”
“Namun, Infaq Aidil Adha masih memerlukan sumbangan daripada anda semua yang dermawan,” ujar Yayasan IKRAM Malaysia.
Mereka yang berminat untuk melaksanakan ibadah korban dan infak, bolehlah melayari pautan https://bit.ly/3xzxSbc (Qurban Lembu) dan https://bit.ly/3xzcUsY (Infaq Aidil Adha).
Tajaan juga boleh dibuat melalui akaun bank atas nama Yayasan Ikram Malaysia (562142404402 – Maybank) dengan rujukan ‘QKULembu’ atau ‘QKUInfaq’, dan e-mel bukti bayaran ke sumbangan.yayasan@ikram.org.my.
“Bayangkan raut wajah kegembiraan penerima-penerima melihat daging korban dan barangan infak ini ada di tangan mereka.”