Pelihara perpaduan dan kesejahteraan negara

Syukur kepada Allah SWT kerana kita masih berkesempatan menyambut ulang tahun ke-62 Hari Kemerdekaan negara tercinta, Malaysia sejak 31 Ogos 1957.

Nikmat perpaduan yang dicapai sejak 62 tahun lalu bukanlah sesuatu yang boleh dicapai dengan mudah tanpa sikap hormat menghormati, toleransi, muafakat dan kerjasama rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Mutakhir ini, telah dan sedang timbul bibit-bibit yang tidak enak yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama seperti berita-berita fitnah, provokasi, hasutan dan lain-lain. Semua pihak seharusnya bertenang dan bersikap rasional dalam menghadapi situasi seperti ini.

Pandangan yang cuba meletakkan nilai seseorang semata-mata hanya berdasarkan kepada tempoh nenek moyang mereka mula berada di negara ini pula adalah bertentangan dengan nilai-nilai Malaysia yang telah dibina selama ini. Diharap kita tidak melupakan firman Allah SWT dalam meraikan kepelbagaian:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” (al-Hujuraat: 13)

Oleh itu, jika orang awam, apatah lagi tokoh politik, masyarakat dan agama yang berpengaruh tidak mampu mengatakan sesuatu untuk mempromosikan persefahaman, kebersamaan dan perpaduan, sekurang-kurangnya elakkanlah daripada menyebarkan mesej berbaur kesangsian dan perselisihan yang boleh merebakkan lagi perpecahan.

Jika suasana tegang dalam masyarakat berbilang kaum akibat daripada isu-isu perkauman dan keagamaan terus disemarakkan, maka salah faham akan terus berlaku terhadap usaha dakwah bahkan akan mematikan usaha dakwah yang dilakukan oleh semua pihak dalam masyarakat.

Setiap umat Islam perlu dilatih bagi meningkatkan kemampuan untuk memberi penerangan tentang Islam dalam bentuknya yang benar, indah dan rahmah, sama ada dengan dakwah secara hikmah, nasihat yang baik dan perbahasan secara lebih baik agar imej Islam sebagai agama damai dan agama dialog dapat dikekalkan.

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik…” (an-Nahl: 125)

Justeru itu, kita berdoa agar Malaysia akan diberkati dengan kembalinya keamanan dan kasih sayang sempena bulan-bulan kelahiran negara kita.

Marilah kita menjadi contoh yang terbaik kepada dunia bahawa kita mampu hidup bersama walaupun berbilang kaum dan agama dengan menghormati perlembagaan negara, kontrak sosial serta prinsip-prinsip Rukun Negara.

“Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih”

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia