Pelbagai kaum meriahkan Sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang

Bertemakan “Rakyat Muafakat, Pulau Pinang Selamat”, majlis sambutan telah berlangsung di Padang Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di Jalan Aziz Ibrahim, Pantai Jerejak, Sungai Nibong di sini.

    

Suasana sambutan di Padang MBPP, makan-makan dan gambar kenangan bersama TKM1 Pulau Pinang

Majlis anjuran Hidayah Centre Pulau Pinang (HCPP), Malaysia Chinese Muslim Association (MACMA) Pulau Pinang, IKRAM Pulau Pinang, GEMA Pulau Pinang dan Revert Sports Club (RSC) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM 1) menyajikan pelbagai acara menarik untuk masyarakat yang hadir.

    

Senaman Taichi, permainan lompat bertali dan pemberian angpau

Acara-acara tersebut ialah Harmony Walk & Cycling, cabutan bertuah, menggaul Yee Sang, pemberian angpau, derma darah, makan-makan, pameran kesihatan, pameran agensi, tarian singa, senaman Taichi, Martial Arts, persembahan drum, permainan kanak-kanak dan pertandingan mewarna.

Hadir merasmikan dan memeriahkan sambutan ialah TKM1 Pulau Pinang, Dato’ Haji Mohd Rashid Hasnon yang turut melakukan flag-off acara Harmony Walk & Cycling. Beliau tidak ketinggalan menyertai senaman Taichi dan memberikan angpau kepada kanak-kanak yang hadir.

    

Pantai Jerejak Harmony Walk & Cycling dan kempen keselamatan jalanraya

Hadiah-hadiah turut disampaikan kepada para pemenang dalam pelbagai acara yang diadakan. Sekalung penghargaan kepada pihak penganjur yang bertungkus lumus menjayakan sambutan yang harmoni ini dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat tidak mengira bangsa.

Semoga dengan sambutan ini, ia dapat memupuk kemesraan, mengeratlkan silaturahim sesama masyarakat dan penduduk selari dengan temanya, “Rakyat Muafakat, Pulau Pinang Selamat” insyaa-Allah.

Album Sambutan: http://on.fb.me/1oLIwrN

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia