Pelancaran SBK 2025 Meriah, 3 Program Utama Menyusul

Pelancaran SBK 2025 Meriah, 3 Program Utama Menyusul | IKRAM

KUALA LUMPUR – Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan (SBK) 2025 di AEON BiG Wangsa Maju pada Sabtu, 16 Ogos lalu bermula penuh meriah dengan dendangan lagu tema rasmi Hari Kebangsaan dan senyuman yang merentasi sempadan kaum dengan kehadiran lebih daripada 350 peserta.

Mengangkat tema ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni,’ acara ini dianjurkan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) bersama Kementerian Perpaduan Negara (KPN). 

Program tersebut turut mendapat kerjasama AEON Big Wangsa Maju, Pertubuhan Advokasi dan Pemerkasaan Masyarakat (ACE), Tamil Foundation serta Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG.

“Tahun ini, kita menyambut bulan kebangsaan dengan tema yang amat bermakna, iaitu ‘Malaysia MADAN, Rakyat Disantuni,’” ujar Timbalan Pengarah Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN), Puan Ruzylawati Mustapha Kamar ketika merasmikan pelancaran kempen.

“Tema ini bukan sekadar slogan. Ia membawa erti dan mesej yang amat besar dalam usaha membina negara bangsa yang masyarakatnya berdaya maju, bersatu padu dan berteraskan nilai-nilai kemanusiaan,” tambah beliau.

Kempen SBK 2025 yang berlangsung selama sebulan dari 16 Ogos hingga 16 September, disifatkan sebagai simbolik kepada tekad bersama rakyat Malaysia dalam menghayati semangat kemerdekaan. 

Ruzylawati yang hadir mewakili Pengarah IKLIN, Puan Suraya Wen, turut menekankan mesej jelas bahawa perpaduan dan kebersamaan rakyat menjadi tunjang kepada pembinaan negara bangsa yang teguh.

Beliau menyeru agar seluruh masyarakat menghayati nilai ini dengan sepenuh jiwa supaya erti kemerdekaan tidak hanya tinggal pada tarikh, tetapi terus hidup melalui amalan perpaduan, toleransi dan keharmonian dalam kehidupan seharian.

“SBK 2025 yang memasuki tahun kelima penganjuran bertujuan memperkukuh semangat patriotisme, memupuk keharmonian dan toleransi serta menonjolkan identiti masyarakat majmuk Malaysia,” jelas Presiden IKRAM, Haji Badlishah Sham Baharin dalam ucapan aluannya.

Beliau menyatakan bahawa tahun ini merupakan kali keempat IKRAM dan KPN berganding bahu menjayakan acara yang menjadi wahana menyemarakkan semangat kebangsaan di seluruh negara.

Dalam pada itu, Badlishah Sham turut mengumumkan tiga program utama sepanjang SBK 2025. Siri acara akan dimulakan dengan dialog “Negara Bangsa: Dilema dan Penyelesaian” di Memorial Tunku Abdul Rahman pada 26 Ogos, disusuli dengan Karnival “Kita Anak Malaysia (KAMI)” di Ipoh pada 13 September. 

Penganjuran SBK tahun ini akan melabuhkan tirainya dengan program “Gotong-Royong Perpaduan MADANI” yang bakal berlangsung di empat lokasi iaitu Kuala Lumpur, Johor, Kelantan dan Sarawak.

Badlishah Sham turut merakamkan penghargaan kepada KPN atas sumbangan dana, selain mengiktiraf komitmen lebih 30 NGO pelbagai bangsa dan agama, institusi pengajian tinggi serta sektor korporat yang bersama berganding bahu menjayakan sambutan ini.

“Agenda perpaduan hanya akan berjaya melalui kerjasama kolektif semua pihak merangkumi kerajaan, swasta, NGO dan masyarakat,” ujarnya.

Acara pelancaran ini turut diserikan dengan persembahan kebudayaan pelbagai etnik, persembahan artis Zubir Khan, pertandingan busana merdeka, kuiz kemerdekaan, pameran warisan budaya serta pelbagai aktiviti kanak-kanak. 

Kehadiran wakil Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Wangsa Maju dan Setiawangsa, guru serta murid sekolah dan tadika pelbagai aliran menambah seri suasana.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan Pengarah, Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Puan Nur Ain Kamal; Ahli Parlimen Wangsa Maju, YB Ir. Ts. Zahir Hassan; Pengarah SBK 2025, Dr Sabariah Baharun; wakil AEON Big, Wangsa Maju, Vasanthakumar Periasamy; Yang Dipertua IKRAM Kuala Lumpur, Haji Zainal Adnan Abdul Halim dan barisan Jawatankuasa Pusat (JKP) IKRAM. 

Diharap Sambutan Bulan Kebangsaan 2025 dapat menjadi salah satu platform penting untuk menyalakan obor cinta akan tanah air, mengukuhkan hubungan antara komuniti majmuk serta memperteguh perpaduan sebagai teras kekuatan Malaysia di persada dunia.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia