Pelancaran Hari Al-Quds Sedunia peringkat Selangor

Turut bersama-sama dalam majlis pelancaran tersebut adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif, Dr Fauziah Mohd Hasan dan Pengerusi Sekretariat Aqsa Syarif Selangor, Sdr Zun Arif Hakim Abdul Rahman serta aktivis-aktivis Aqsa Syarif daerah di seluruh negeri Selangor.

Pameran dan jualan barangan Aqsa Syarif juga diadakan di samping dan ‘Gaza Walk’, kaunter ‘Jom Tanya Ustaz’ sempena Ramadhan dan ‘Sand Art Palestin’. Sambutan cukup membanggakan di mana brosur ‘Aqsa to Gaza 2’ (A2G2) telah habis diedarkan, demikian juga dengan brosur penajaan Anak Yatim Palestin (AYP) dan Keluarga Miskin Palestin (KMP).

‘Gaza Walk’ turut dilakukan di mana sukarelawan Aqsa Syarif Shah Alam dan Aqsa Syarif Klang berjalan sekitar pasar tani di perkarangan Stadium Malawati untuk mengutip derma bagi membantu rakyat Palestin. Sebelum kutipan bermula, Sdr Zun Arif memasang ‘button badge’ kepada sukarelawan baru sebagai tanda penghargaan. Lebih RM4,000 derma berjaya dikutip sepanjang ‘Gaza Walk’ dijalankan.


Aqsa Syarif turut menyediakan kaunter ‘Jom Tanya Ustaz’ sempena Ramadhan yang dikendalikan oleh Ust Wan Ahmad Rahiman Wan Hussain, aktivis Aqsa Syarif Shah Alam. ‘Sand Art Palestin’ turut diadakan di mana semua hasil seni pasir berwarna diolah bertemakan pembebasan Palestin.

Selain majlis pelancaran, ‘Gaza Walk’ akan diadakan di semua daerah di Selangor semasa bulan Ramadan dan khutbah khas sempena Hari Al-Quds Sedunia 21 Ogos turut dibaca di seluruh negeri Selangor pada Jumaat 19 Ogos 2011.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia