Pelan tindakan komprehensif tangani perkahwinan bawah umur

“Pelan tindakan ini perlu mengambil kira pelbagai sudut pandang termasuk aspek perundangan, aspek pendidikan dan advokasi, baik yang formal atau tidak formal serta aspek sosioekonomi masyarakat,” kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, pelan tersebut perlu bersifat universal, kerana hasil kajian menunjukkan bahawa perkahwinan di bawah umur ini bukan sahaja melibatkan masyarakat beragama Islam, tetapi lebih kerap diamalkan oleh masyarakat bukan Islam di Malaysia.

“Setiap satu aspek dalam pelan tindakan ini, perlu ditangani mengikut keutamaan. Ianya juga perlu merangkumi tindakan jangka masa pendek, sederhana dan jangka masa panjang yang akan mengesani seluruh rakyat Malaysia,” jelasnya.

Che Asmah turut menyarankan agar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menjadi pemacu pelan tindakan ini.

Ujarnya, kedudukan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai Timbalan Perdana Menteri dilihat boleh membantu memacu pelan ini merentasi sektor dan bidang kuasa pelbagai kementerian.

“Wanita IKRAM yakin, penglibatan dan gerak kerja yang komprehensif dan bersepadu oleh semua pihak, baik daripada pihak kerajaan, swasta, badan-badan bukan kerajaan dan ahli masyarakat mampu memberi jalan keluar terbaik kepada isu yang telah lama menjadi polemik masyarakat.”

Isu perkahwinan bawah umur sekali lagi menggemparkan negara apabila seorang lelaki berusia 41 tahun telah bernikah dengan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun untuk dijadikan isteri ketiga.

Menurutnya, Wanita IKRAM berpandangan bahawa kajian yang ada sudah mencukupi untuk pihak kerajaan mengambil tindakan sewajarnya dalam menangani isu ini.

“Wanita IKRAM menyokong usaha untuk meningkatkan had umur perkahwinan dengan syarat.”

Kenyataan media penuh: https://bit.ly/2LkZpt6

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia