Pelajar Hidayah Centre lafaz syahadah dalam syarahan Dr Zakir Naik

Pemuda berasal dari Sarawak ini merupakan peserta terakhir yang memeluk Islam dalam syarahan Dr Zakir yang bertajuk ‘Is the Quran God’s Word?’ di sini pada jam 2.00 pagi setelah lebih tujuh bulan mengikuti kelas bimbingan HCBTR di Bandar Sri Permaisuri. 

Kelas bimbingan tersebut terbuka untuk mereka yang baru memeluk Islam dan belum Islam yang berminat mempelajari tentang Islam merangkumi akidah, praktikal solat, kelas iqra’, tajwid, tilawah al-Quran, kelas hadis dan sirah.

Turut melafazkan syahadah ialah seorang pemuda berbangsa Punjabi, Harinder Pal Singh, 23, yang berpuas hati dengan penjelasan diberikan Dr Zakir berhubung soalan yang diajukan mengapa bukan Islam perlu memeluk Islam untuk berkahwin.

Sebelum syahadah, berulang kali Dr Zakir bertanyakan kepadanya sekiranya ada sesiapa yang memaksanya untuk memeluk Islam.

“Tidak, tiada siapa yang paksa saya. Saya percaya kepada Allah dan Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah dan saya dengan rela hati mahu menjadi seorang Muslim,” jawab Harinder.

Selain itu, dua lagi wanita turut memeluk Islam iaitu seorang wanita Kristian yang memakai jubah dan bertudung tanpa memberitahu namanya dan seorang lagi hanya dikenali dengan nama Michelle.

Setiap kali syahadah dilafazkan, bergema laungan ‘Allahu Akbar’ oleh para hadirin dan ada antara mereka yang tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata kerana terlalu gembira.

Lebih menarik pada keesokannya, seorang lelaki telah memeluk Islam di Hidayah Centre yang dibimbing oleh sahabat baiknya setelah mendengar ceramah Dr Zakir Naik pada malam tersebut.

Asalnya, lelaki ini telah datang ke Hidayah Centre beberapa hari sebelumnya dan menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam. Beliau turut dijemput ke ceramah Dr Zakir dan bersetuju untuk hadir.

Keyakinannya kepada kebenaran Islam semakin tinggi selepas mendengar ceramah tersebut tetapi mengambil keputusan untuk tidak bersyahadah kerana tidak mahu diberikan publisiti dan atas faktor mahu merahsiakan pengislamannya daripada keluarga.

Namun, pada malam itu juga beliau menghubungi pihak Hidayah Centre menyatakan hasrat untuk bersyahadah pada esoknya.

Sebagai pusat sokongan saudara baru, Hidayah Centre akan menggerakkan program Ziarah Mega di seluruh Malaysia dengan sasaran untuk menziarahi 1,000 orang saudara baru dan menyampaikan bantuan melalui pakej ‘Muallaf Aid’. Mereka yang berminat menyumbang secara online, boleh melayari http://bit.ly/21UoAPZ

Sumber:
Hidayah Centre
Hidayah Centre Bandar Tun Razak

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia