Pekerja Semakin Meningkat, Isu Kesihatan Mental Membimbangkan

Pekerja Semakin Meningkat, Isu Kesihatan Mental Membimbangkan

KUALA LUMPUR – Ramai kalangan pengamal sumber manusia (HR) melihat kestabilan kesihatan mental sebagai sesuatu yang membimbangkan bagi Malaysia.

Kebimbangan ini timbul apabila jumlah pekerja mula meningkat tahun depan, terutama selepas pandemik global selama kira-kira dua tahun semakin menunjukkan pemulihan.

Bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan Pelaburan) Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Khairuddin Rahim berkata, kalangan pengamal sumber manusia perlu bersiap sedia dalam menghadapi realiti keadaan emosi pekerja yang agak tidak stabil dalam keadaan ini.

“Tiada peningkatan kemahiran atau latihan tambahan yang boleh menangani implikasi kesedaran mengenai teori/praktikal ini,” katanya pada dialog baru-baru ini yang dianjurkan oleh perunding HR Asia GKK Consultants Sdn Bhd.

“Kesihatan mental boleh dianggap sebagai antara cabaran baharu yang dihadapi oleh keperluan pengurusan dan tenaga kerja Malaysia,” menurutnya dalam kenyataan yang dikeluarkan dalam majlis dialog yang dihadiri oleh lebih 40 petugas kanan HR syarikat multinasional dan tempatan itu.

Beliau berkata, mereka menyuarakan kebimbangan yang realistik, termasuk berkaitan kesihatan mental, dalam usaha untuk mengenal pasti cabaran tenaga manusia 2023.

“Pengamal HR dijangka perlu lebih berhati-hati mengendalikan kakitangan supaya tidak mengganggu keseimbangan pasukan syarikat. Mereka perlu berhati-hati untuk mengenal pasti ciri-ciri kesihatan mental untuk keadaan kerja yang lebih baik dalam kalangan pasukan,” menurut kenyataan itu.

Kalangan profesional yang menghadiri dialog ini mewakili pelbagai industri perniagaan, iaitu hospitaliti, IT, penjagaan kesihatan, makanan dan minuman, pembuatan, minyak dan gas dan pelbagai industri lain.

Ketua Pegawai Eksekutif GKK, Dr Gajendra Balasingam berkata, ramai pengarah HR bimbang mengenai isu berkaitan tekanan emosi, kesihatan mental dan kesedaran pekerja.

“Ini ketara bagi mereka yang tidak dapat menghadapi realiti tempat kerja yang mencabar hari ini dan pada masa yang sama, tekanan sensitif akibat keterasingan diri apabila terpaksa bekerja dari rumah,” katanya.

Beliau berkata, bagi menyelesaikan isu itu, set parameter kemahiran yang berbeza perlu disediakan berhubung kesihatan mental di tempat kerja.

“Banyak bidang perniagaan sudah mula bersedia untuk menghadapi tahun 2023 yang mencabar (dan) ia perlu dilakukan lebih awal apabila mereka mula mengambil kakitangan pilihan untuk mengisi kekosongan dalam syarikat mereka,” tambahnya.

Bagaimanapun, ujian sebenar bagi mana-mana pengarah atau jabatan HR ialah sama ada pasukan tenaga kerja mereka bersedia untuk menghadapi ujian yang tidak menentu, walaupun dilengkapi dengan kemahiran teknikal yang kukuh, pemikiran yang fokus dan kemahiran di tempat kerja.

“Ini sendiri akan membantu banyak perniagaan untuk memulakan tahun baharu dengan landasan yang teguh untuk jangkaan dan pertumbuhan perniagaan yang kukuh,” kata Dr Gajendra.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pandemik Covid-19 mencetuskan peningkatan 25 peratus dalam kelaziman kebimbangan dan kemurungan di seluruh dunia, yang sudah pasti merupakan pencetus kesedaran kepada semua negara untuk meningkatkan perkhidmatan dan sokongan kesihatan mental.

Sumber: Bernama

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia