Jualan pek tanam cendawan bantu Dana MUSLEH

SERI KEMBANGAN – KRS Musleh dengan kerjasama Cendawan Sinar Venture (CSV) telah menjalankan projek jualan pek penanaman cendawan bagi membantu mengumpul sumbangan untuk Dana MUSLEH.

 

Menurut Pengerusi KRS Musleh, Mejar KRSM Abd Rahaim Md Isa, Kempen Dana MUSLEH yang dilancarkan pada 30 Julai lalu mensasarkan setiap pelajar di sekolah-sekolah IKRAM Musleh memiliki satu pek permulaan penanaman cendawan.

 

“IKRAM Musleh berperanan membantu kempen Dana MUSLEH ini supaya perancangan aktiviti yang telah dibuat di bawah unit-unit IKRAM Musleh mempunyai satu takungan dana yang mencukupi untuk bergerak dengan lebih lancar,” kata beliau.

 

Tambahnya, dengan adanya projek ini, murid-murid akan dapat merasai pengalaman menanam, menjaga dan mengutip hasil daripada cendawan ini tanpa perlu kepada ruang di luar kerana ia dilakukan di dalam rumah.

 

“Ini satu pendekatan yang sangat sesuai pada masa ini kerana menggabungkan ilmu sains tanam tanaman sebagaimana yang terdapat dalam sukatan KRS berkaitan alam sekitar,” jelas Abd Rahaim.

 

Projek ini juga menurutnya mampu menjana kewangan sekiranya dilaksanakan dengan serius, di samping melakukan khidmat masyarakat sebagai sumbangan kepada mereka yang memerlukan makanan.

 

Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Pengetua Guru Besar Sekolah-sekolah Islam Malaysia (MPGBSIM), Ustaz Isharuddin Ismail berkata, beliau sangat berbesar hati, menyokong, mendokong dan beriltizam untuk menjayakan projek dana Musleh ini.

 

“Sebagaimana objektifnya, banyak manfaat dan kebaikan daripada pelaksanaan kempen yang berasaskan industri flora iaitu projek cendawan sinar ini,” katanya dengan menambah, kepelbagaian teknologi dan inovasi yang akan dilaksanakan, beliau percaya bahawa anak-anak dapat mengikuti dengan sebaiknya.

 

Menurutnya, ia bukan sahaja sebagai projek pertanian tetapi merupakan satu kempen yang menjurus kepada usaha dakwah dan kebajikan.

 

“Ia juga adalah usaha memberdaya, kreativiti dan juga sistem sokongan kepada anak-anak yang kini berada di rumah agar mereka bukan sekadar mengadap laptop menjalani PdPR, tetapi mereka juga didedahkan dengan persekitaran alam,” kata Isharuddin.

 

Tambahnya lagi, melalui usaha-usaha ini, ia diharap dapat memberikan kejayaan dan keyakinan membina kualiti dari sudut kemenjadian holistik yang diimpi dan cita-citakan.

 

Dengan harga promosi RM20.50, tempahan produk D’OASIS 2.0 pek permulaan penanaman cendawan telah bermula pada 31 Julai sehingga 14 Ogos lalu, dan kini dilanjutkan hingga 31 Ogos 2021 atas permintaan ramai.

 

Pelajar-pelajar sekolah IKRAM Musleh boleh mendapatkannya di pautan https://bit.ly/ProjekCendawanKRS-MUSLEH dan memilih nama sekolah masing-masing. Dalam projek ini, dengan setiap pembelian D’OASIS 2.0, sebanyak RM3 akan disalurkan kepada Dana MUSLEH.

 

Dana MUSLEH adalah organisasi yang menguruskan sumbangan yang mana setiap sumbangan tersebut akan digunakan untuk membantu IKRAM Musleh dalam menambah baik usaha perjuangan untuk membentuk insan rabbani di rangkaian sekolah-sekolahnya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia