Parlimen wajar bersidang lebih sehari

Sebahagian besar daripada aktiviti ekonomi dan sosial akan dibenarkan, kecuali beberapa aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai dan mendedahkan orang awam kepada risiko jangkitan wabak COVID-19 yang masih tidak lagi dibenarkan.

 

Kita juga maklum bahawa kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada Isnin, 4 Mei secara rasmi. Hakikatnya, pelbagai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu digariskan kerajaan sebagai panduan kepada semua pihak bagi memastikan penularan COVID-19 dapat dibasmi sepenuhnya.

 

Kelulusan pengoperasian yang diberikan, biarpun bersyarat, akan membantu menangani masalah ekonomi rakyat terutama golongan peniaga melalui peningkatan semula pendapatan persendirian daripada perniagaan yang dijalankan.

 

Lialibiliti kerajaan

 

Menurut sidang media tempoh hari, negara kita rugi sekitar RM2.4 bilion setiap hari sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Jumlah kerugian setakat ini dianggarkan sekitar RM63 bilion. Jika PKP berterusan untuk tempoh sebulan lagi, negara kita akan kerugian RM35 bilion menjadikan jumlah keseluruhan kerugian RM98 bilion.

 

Kita juga sedia maklum bahawa kerajaan telah membelanjakan hampir RM128 bilion untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong sektor perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara.

 

Manakala sebanyak RM20 bilion telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini. Harapannya agar tiada golongan yang akan tercicir. “No one will be left behind” dalam konteks semasa ini.

 

Walau bagaimanapun, kita semua harus sedar bahawa perbelanjaan drastik yang dilakukan oleh kerajaan tempoh hari sewajarnya diberi ruang untuk siri perdebatan. Barangkali dalam satu sudut ia sangat membantu rakyat yang susah, tetapi ada yang berpandangan ia hanya bersifat populis semata-mata. Namun melihat dalam konteks ekonomi, ia bukanlah semudah itu untuk membuat penilaian. 

 

Kita perlu akui, norma baharu nanti sememangnya suatu suasana yang sukar untuk kita jangkakan. Polemik seumpama ini barangkali akan berlaku.

 

Menurut Khazanah Research Institute, pandemik COVID-19 bukan sahaja menyebabkan krisis kepada kesihatan awam, malah kepada ekonomi dan pasaran buruh keseluruhannya. Ia telah menambah beban dan cabaran kepada golongan pekerja, majikan dan kerajaan. Pertumbuhan ekonomi juga sangat perlahan dan membimbangkan.

 

Banyak syarikat perniagaan kehilangan pendapatan dan ramai yang mungkin kehilangan pekerjaan. Majlis Peguam serta persatuan-persatuan perniagaan juga menggesa beberapa akta dipinda atau undang-undang baharu digubal bagi menangani masalah ini dan memastikan sektor ekonomi dapat berjalan dengan baik.

 

Inilah kerisauan semasa yang harus diberi solusi tuntas dan harus segera dibawa ke parlimen untuk siri penghujahan demi meredakan keluh-kesah rakyat kepada sekalian wakil rakyat yang telah dilantik oleh mereka.

 

Sekitar pandemik ini, parlimen merupakan institusi penting dalam pembuatan dasar dan undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara. Ia juga meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.

 

Bagi membolehkan parlimen menjalankan tanggungjawab dengan sepenuhnya dan lebih berkesan, parlimen juga menjadi ruang forum untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan kepentingan orang ramai.

 

Selain Republik Czech, New Zealand dan United Kingdom, Parlimen Singapura adalah contoh terdekat. Mereka berjaya meluluskan belanjawan tambahan tersebut pada 26 Mac 2020 yang lalu. Untuk apa? Untuk menyediakan pakej rangsangan ekonomi berjumlah sekitar SGD48 bilion untuk memelihara kebajikan rakyat dan mengukuhkan kadar ekonomi negara itu.

 

Gesaan sidang parlimen diadakan

 

Memetik respons Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertarikh 25 April 2020 tempoh hari, YB Dato’ Takiyuddin Hassan membalas desakan Majlis Presiden Pakatan Harapan.

 

Beliau berkata bahawa kerajaan mengambil maklum tentang pandangan dan cadangan yang disuarakan mengenai mengadakan sidang parlimen, namun percaya ia bersifat pramatang, sempit dan gagal memahami susunan keutamaan yang dihadapi oleh kerajaan dan negara.

 

Jelas di sini bahawa ketidakseriusan kerajaan dalam menyiapkan langkah pasca pandemik ini kian acuh tidak acuh pada waktu itu. Masa hadapan yang kelabu menyebabkan pelbagai keresahan yang ditimbulkan. Adapun sidang parlimen yang akan diadakan 18 Mei 2020 nanti, hanyalah berlangsung sehari sahaja.

 

Selepas pengumuman YAB Perdana Menteri mengenai pembukaan sektor ekonomi bermula 4 Mei 2020 nanti, kewajaran untuk mengadakan sidang parlimen dengan lebih lama adalah wajar. Namun ia harus tetap mengikut Standard Operasi Prosedur (SOP) yang ditetapkan oleh KKM dan MKN semasa sidang parlimen berlangsung.

 

Menurut Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat, keputusan COVID-19 boleh diberikan kurang daripada 48 jam. Jikalau kesemua ahli parlimen negatif ujiannya, tiada alasan dan halangan untuk mengadakan sidang lebih sehari.

 

Ini merupakan sampel VVIP, pasti makmal IMR dan MKAK akan proses dengan cepat. Kalau ada yang positif sekalipun, mereka akan dikecualikan daripada sidang dan sesegera mungkin dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

 

Saya melihat keperluan untuk mengadakan sidang Parlimen itu lebih daripada sehari adalah lebih berkesan. Ia harus bersidang dalam tempoh yang lebih munasabah untuk semua ahli parlimen dapat mengemukakan keluh-kesah rakyat dan mendatangkan kerisauan mereka terhadap polisi yang akan dibahaskan nanti.

 

Peranan semak dan imbang harus diwujudkan serta merta. Kerajaan baharu yang baru sahaja bertukar tangan dari Pakatan Harapan kepada Perikatan Nasional ini, wajar untuk lebih mendominasi reformasi institusi demi membudayakan politik yang berteraskan nilai dan memperjuangkan hak rakyat.

 

Sesi soal jawab antara ahli parlimen yang bersidang pasti mengujakan. Pemfokusan jalan penyelesaian dalam membantu rakyat yang hilang pekerjaan, isu kesihatan, isu sosial, pertumbuhan ekonomi yang sukar dan pembentukan polisi-polisi yang mesra rakyat versi norma baharu mestilah diutamakan.

 

Saya percaya bahawa gesaan ini haruslah diambil serius oleh pihak berwajib. Peranan semak dan imbang di parlimen khususnya soal perbelanjaan negara yang dapat diurus dengan telus serta efektif dan tahap kesihatan rakyat mestilah diberi keutamaan.

 

Saya akhiri tulisan ini dengan sebuah pesan seorang penyelidik di REFSA Institute, saudara Fakhrurrazi Rashid. 

 

“Tidak adil sekiranya parlimen tidak dilibatkan secara langsung untuk membincangkan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh ketika berhadapan dengan COVID-19,” katanya mengenai gesaan ini.

 

Parlimen harus bersidang. Sehari tidak mungkin, ia memerlukan jumlah hari yang lebih munasabah dan praktikal demi menjaga kesejahteraan rakyat kelak.

 

Luthfi Yusri dan Nazurah Mansor merupakan aktivis Persatuan Belia Harmoni Malaysia, sedang menuntut di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia