Panduan melayan ibubapa dan mertua di rumah Gen Y

1. Objektif ibubapa dan mertua datang ke rumah pasangan anaknya ialah:

1.1 Untuk melepaskan rindu terhadap cucunya (jika dah bercucu)

1.2 Melihat sendiri suasana kehudupan anak dan menantunya di rumah mereka.


2. Apabila sahaja terdengar desas desus ibu, ayah atau mertua nak datang ke rumah, perkara yang wajib dibuat ialah:

2.1 Dapatkan pengesahan kedatangan mereka dengan telefon dan bercakap terus dengan mereka. Jangan gunakan SMS atau mana-mana pesanan laman sosial. Ini (bercakap terus) memberikan isyarat yang anda sangat teruja menerima kedatangan mereka.

2.2 Jika tarikh kedatangan mereka tidak sesuai kerana anda berdua ada urusan pejabat yang tidak dapat dielakkan, maka cadangkan tarikh-tarikh lain, supaya anda berdua lebih bersedia menerima mereka.

2.3 Jika ibubapa atau mertua ingin juga datang pada tarikh yang tidak sesuai itu, eloklah berterus terang yang anda berdua tidak dapat memberikan layanan yang sebaik-baiknya  melalui percakapan bukan dengan SMS. Hanya dengan lisan sahaja, maksud dan emosi dapat difahami oleh ibubapa dan mertua anda.

2.4 Jika telah dapat persetujuan, maka bincanglah suami isteri menyusun strategi agar kehadiran ibubapa atau mertua di rumah anda akan menambahkan pahala anda berdua dan peluang mencari redha Allah.


3. Hari perjalanan ibubapa atau mertua ke rumah

3.1 Awal-awal lagi, siapkan bilik tidur untuk mereka mengikut kemampuan yang ada.

3.2 Jangan aturkan tempat tidur mereka bersama-sama dengan cucu di dalam satu bilik melainkan mereka sendiri yang pelawa cucu tidur bersama.

3.3 Jangan pula minta mereka tidur di bilik tidur rasmi anda (master bedroom). Ini akan menyebabkan mereka tidak selesa.

3.4 Salah seorang daripada anda telefon mereka yang sedang dalam perjalanan dengan mengatakan, “Nanti sampai di rumah, kita makan sama-sama” walaupun waktu ketibaan mereka  bukan waktu makan tengahari atau makan malam. Ini bertujuan untuk menyatakan kegembiraan dia atas kesudian mereka datang ke rumah.

Jika mereka “berkeras” tidak mahu dilayan sebegitu kerana mereka kenyang atau sebagainya, maka sediakan juga minuman dan kudapan untuk majlis sambutan ketibaan mereka.  Sediakan juga walaupun dia sampai pada waktu tengah malam.

3.5 Jangan sekali-kali bertanya dengan menggunakan ungkapan ini, “Ayah dan mak dah makan ke?”. Sudah pasti mereka akan jawab, “Dah, tak perlu susah-susah”. Kebanyakan ibubapa mertua memang berniat nak makan bersama-sama semasa bertemu nanti.


4. Tiba di rumah anda

4.1 Semua hadirkan diri sambut mereka di ‘gate’ atau pintu utama rumah. Walaupun mereka sampai waktu tengah malam, suami isteri WAJIB bersalaman menyambut mereka. Sunat kejutkan anak-anak menyambut Atuk dan Opah mereka. Alangkah terhibur dan hilang penat lelah perjalanan seharian ibubapa atau mertua jika semua menyambut mereka.

4.2 Jika anda tidak dapat melayan lama-lama kerana tersangat mengantuk atau ada urusan yang lain, maka mintalah kebenaran daripada mereka dua. Mereka juga memahami.

4.3 Jangan tanya soalan ini, “Ayah dan mak nak balik bila?”. Ini menyinggung perasaan mereka.

4.4 Ungkapan yang baik ialah “Kami ada banyak aturcara untuk mak dan ayah ni.. esok ke….. lusa ke…. tulat ke……..” Tunggulah respon daripada mereka. Daripada jawapan mereka, anda berdua boleh mengagak tarikh mereka balik ke kampung. Maka, bincanglah suami isteri di dalam bilik untuk melayan mereka selama mereka ada di rumah anda.


5. “Duplicate” budaya seharian ibu ayah atau mertua di rumah anda untuk keselesaaan mereka

5.1 Jika ayah kebiasaan ke masjid untuk solat Subuh, sebelum tidur, ingatkan ayah itu yang anda akan kejut dia untuk persiapan ke masjid.

5.2 Pastikan anda bangun lebih awal daripada dia dan tunggu dia di dalam kereta anda untuk ke masjid.

5.3 Jika kebiasaan anda pergi kerja sebelum Subuh, maka beritahu kepada ayah atau mertua kedudukan kunci-kunci pintu dan atau ‘gate’ untuk memudahkan dia keluar rumah  sendirian ke masjid tanpa mengganggu orang lain di dalam rumah itu.

5.4 Jika kebiasaan ibu ayah makan pagi jam 7.00, maka usahakan bangun awal sama ada beli atau masak juadah untuk sarapan. Sebaik-baiknya makan pagi pertama di rumah ialah sarapan bersama-sama mereka.  Jika terpaksa tinggalkan mereka sebelum makan, eloklah nyatakan kemaafan tidak dapat bersama dan pastikan semua makanan tersedia untuk mereka.

5.5 Kebiasaannya ibu bapa atau mertua akan bawa makanan dari kampung. Maka eloklah dihidangkan juga makanan itu dan makan bersama-sama.

5.5 Semasa sembang pagi itu, eloklah ceritakan “Budaya Anda Berdua Seharian Di Rumah itu” kepada ibu ayah mertua agar mereka boleh menyesuaikan pula diri mereka untuk hari-hari berikutnya di rumah anda.


6. Disiplin Anak-anak Melayan Atuk Neneknya

6.1 Sehari sebelum ibu, ayah atau mertua datang, eloklah diberikan taklimat kepada anak-anak terutama sekali yang sudah mengerti dan memahami kerinduan orang tua kepada cucunya.

6.2 Beri mereka latihan menyambut datuk nenek mereka di pintu, bila makan bersama datuk nenek dan semasa bermain dengan datuk nenek.

6.3 Latih anak-anak itu agar tidak “MENGARAH” Atuk dan Opahnya itu ini mengikut kehendak mereka. Tingkahlaku cucu mereka ini juga boleh memberikan persepsi dan jawapan kepada objektif kedua mereka datang bertandang ke rumah anda.


7. Ibu, Ayah atau Mertua pulang

7.1 Sediakan buah tangan untuk mereka bawa pulang.

7.2 Jika anda “terlebih duit” hulurkan ala kadar kepada mereka berdua sebagai belanja tambang pulang ke kampung.

7.3 Ungkapkan berulangkali, “Nanti datang lagi ya”.

7.4 Semua turun melambai-lambai hingga mereka hilang daripada pandangan.

7.5 Berdoalah berdua kepada Allah agar layanan anda itu mendapat pahala dan keredhaan Allah dan doakan agar Allah mengasihi mereka berdua kerana telah menjaga anda berdua dari kecil lagi.


Selamat mencuba.


Ahmad Shafiai Uda Jaafar

(Pak Utih)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia