Program selama dua hari tersebut telah dijadualkan dengan syarahan, forum, bengkel, pameran, persembahan, tayangan filem berasaskan sains, sastera, seni dan budaya.
Pengerusi IKRAM Siswa Pulau Pinang, Azizi Mokhtar berkata bahawa antara sebab pihaknya memilih untuk menyertai program ini adalah kerana persamaan nilai ilmu yang diperjuangkan.
“Pandita Fest merupakan program untuk membudayakan ilmu dan nilai-nilai ini sama seperti dalam gagasan HARMONI yang diperjuangkan oleh IKRAM Siswa iaitu nilai ilmu dan intelektualisme. Jadi, ia menepati apa yang kita cuba capai”, katanya.
“Pada asasnya kita memilih untuk terlibat kerana melihat pada pentingnya kerjasama yang dapat dieratkan melibatkan semua kolektif sekitar utara,” tambahnya.
Perasmian oleh Sasterawan Negara, pameran buku jalanan dan bengkel kraftangan
Mereka membincangkan tajuk-tajuk masyarakat seperti ‘Moral Dalam Kesenian’, ‘Masa Depan Kualiti dan Kuantiti Makanan di Malaysia’, ‘Akar Umbi Sains dan Masyarakat Abad ke 21’ dan ‘Budaya Masyarakat Malaysia: Tunggal Atau Majmuk?’.
Turut terlibat sebagai penyampai dalam program tersebut adalah Sasterawan Negara, Dato’ Dr Zurinah Hassan dan Prof Dr Muhammad Haji Salleh dan aktivis OKU, Rosli Ibrahim.
Antara objektifnya adalah untuk menawarkan akses kepada wacana yang berkualiti untuk semua lapisan masyarakat tanpa caj dan menjadi sebagai program di mana aktivis belia, sosial serta badan bukan kerajaan di wilayah utara berkumpul untuk bekerjasama.
Selain IKRAM Siswa Pulau Pinang, gerakan belia dan sosial lain yang terlibat adalah Rumah 101, Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM), Projek Buku Jalanan, BYOT Society, Serikat Mahasiswa, 161 Georgetown, The Sponsorship Movement Malaysia dan Student Progresif Front (SPF).
Menurut penganjur, Pandita Fest akan terus diadakan pada tahun-tahun akan datang.
Lagi info: Pandita Fest