Palestin: Iktiraf Bersyarat Hadiah Buat Rejim Zionis

Pengiktirafan negara Palestin oleh Perancis, UK dan Kanada yang diumumkan baru-baru ini bukanlah satu pengiktirafan sebenar. Sebaliknya ia adalah pengiktirafan yang dipenuhi dengan pelbagai prasyarat yang sarat dengan hipokrasi barat.

Pengiktirafan yang disandarkan kepada syarat Hamas mesti bersetuju dengan gencatan senjata, meletakkan senjata dan tidak mengambil bahagian dalam kerajaan Palestin yang akan dibentuk adalah pengiktirafan palsu oleh politikus bankrap.

Gencatan senjata adalah mandatori sesuai dengan Resolusi Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ES-10/22 (2023), ES-10/26 (2024) dan ES-10/27 (2025) serta Resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) 2735 (2024).

Hamas telah berpuluh-puluh kali menyatakan kesediaan untuk melaksanakan gencatan senjata tetapi Netanyahu yang menolak untuk menghentikan perang demi mengejar kemenangan total yang beliau idam-idamkan.

Bahkan, rejim Netanyahu sudah mensabotaj dua perjanjian gencatan senjata; kali pertama pada November 2023 dan kali kedua pada Jan-Feb 2025. Dengan kata lain, yang perlu dipaksa untuk menerima gencatan senjata ialah rejim Zionis, bukan Hamas.

Penentangan bersenjata adalah hak mana-mana bangsa yang dijajah seperti yang termaktub dalam Resolusi UNGA 37/43 (1982). Penentangan bersenjata yang dilancarkan oleh Hamas adalah hak rakyat Palestin yang sah di sisi undang-undang antarabangsa. Hak ini mesti dipertahankan bagi mengelak lebih banyak kezaliman.

Yang melakukan genosid di Gaza adalah rejim Zionis. Merekalah yang sepatutnya dilucutkan senjata. Perancis, UK dan Kanada seharusnya menyekat penjualan senjata kepada rejim Zionis. Ironinya, merekalah yang menjual senjata kepada Israel yang membolehkan genosid berlaku di Gaza.

Hamas adalah parti rakyat Palestin yang sah dan mendapat sokongan rakyat terbanyak pada hari ini. Tinjauan Palestinian Center for Policy and Survey Research (PSR) yang diterbitkan pada bulan Mei baru-baru ini menunjukkan sokongan terhadap Hamas berada pada tahap 57% berbanding Fatah 24% dan Pihak Berkuasa Palestin 23%.

Justeru, langkah untuk mengesampingkan Hamas adalah satu kezaliman yang akan mencacatkan mana-mana proses demokrasi di Palestin. Rakyat Palestin berhak memilih pemimpin mereka sendiri; bukan pemimpin boneka yang dipaksakan ke atas mereka.

Yang sepatutnya digulingkan ialah rejim Netanyahu. Kerajaan beliau bukan sahaja sedang berdepan dengan dakwaan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), bahkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah pun mengeluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu atas dakwaan jenayah perang (war crimes) dan jenayah terhadap kemanusiaan (crimes against humanity).

Tambahan, tinjauan Saluran 12 – saluran televisyen paling popular di Israel, menunjukkan 70% rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap rejim Netanyahu dan 57% mahu pilihan raya segera diadakan.

Tinjauan juga menunjukkan bekas Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett mendapat sokongan lebih tinggi daripada Netanyahu sebagai calon Perdana Menteri yang baharu (38% berbanding 31%).

Pengiktirafan negara Palestin sebenarnya sudah memadai dengan bersandarkan Resolusi UNSC 242 (1967) dan 338 (1973) serta keputusan ICJ pada 19 Julai 2024 yang mengesahkan penjajahan rejim Zionis ke atas Tebing Barat dan Gaza sebagai haram dan perlu segera ditamatkan.

Mengikat pengiktirafan negara Palestin dengan syarat-syarat berat sebelah yang bertentangan dengan realiti semasa dan resolusi-resolusi antarabangsa yang telah dipersetujui hanyalah hadiah kepada penjajah dan penjenayah perang, bukan penyelesaian kepada genosid di Palestin.

Khalid Jimat
Ketua Pegawai Penyelidik
Palestine Centre of Excellence (PACE)
Sumber: PACE

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia