Palestin: HIKAM Sambut Baik Saranan Gencatan Politik, Solidariti Bersama PM

Palestin: HIKAM Sambut Baik Saranan Gencatan Politik, Solidariti Bersama PM

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) menyambut baik saranan agar isu Palestin menjadi titik permulaan pemimpin Islam, sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang untuk melakukan gencatan politik.

Ini selari dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Al-Hujuraat: 10)

Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik pada 2021 seharusnya menjadi landasan gencatan politik agar perjalanan tadbir urus negara dan negeri dapat berjalan lancar tanpa insiden peralihan kerajaan yang telah dibentuk.

Sebarang langkah yang dilakukan untuk menjatuhkan kerajaan yang telah dibentuk mesti dihentikan dan gencatan politik wajar dilaksanakan dengan kadar segera, demi kestabilan dan kemakmuran negara.

Walaupun gencatan politik dilaksanakan, pihak pembangkang masih berperanan melakukan semak dan imbang dalam membawa Malaysia menjadi negara demokrasi yang lebih matang, fokus kepada perkara dasar ke arah membawa negara ke tahap yang lebih baik.

Dalam perkembangan berkaitan, HIKAM turut menggesa rakyat Malaysia agar berganding bahu bersama Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam perjuangan pembebasan Palestin dan isu-isu kemanusiaan sejagat.

Solidariti ini harus dizahirkan bagi memberi sokongan moral kepada kerajaan untuk terus konsisten membela rakyat Palestin, sekali gus sokongan dalam membangunkan Malaysia ke arah kemakmuran dan kesejahteraan.

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM)

1. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
2. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
4. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)

Sekretariat HIKAM

Azizuddin Ahmad
Setiausaha Agung
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

Shahrul Aman Mohd Saari
Setiausaha Agung
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

Muhammad Aliemran Norasid
Setiausaha Agung
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Mohd Sabbri Md Yudin
Setiausaha Agung
Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia