Tambah beliau, Misi R2A4 bertujuan untuk membantu pelarian-pelarian Palestin di Kem Pelarian Sabra-Shatilla dan Saida di Lubnan.
“MyCARE juga berada dalam keadaan siap-siaga untuk menghantar satu misi ke Gaza – A2G18, sekiranya keadaan keselamatan di pintu Rafah membenarkan dan permohonan masuk MyCARE diluluskan oleh pihak berkuasa Mesir,” jelas beliau dalam satu perutusan MyCARE sempena 10 akhir Ramadan pada Isnin lalu.
Menurutnya, melalui sumbangan orang ramai, MyCARE turut membantu rakyat Malaysia khususnya di Ranau, Kundasang dan Kota Belud yang dilanda gempa bumi dan tanah runtuh melalui Misi Kemanusiaan Gempa Kinabalu.
Di samping itu, MyCARE juga dalam usaha menyiapkan rumah kekal untuk tiga keluarga di Kelantan yang kehilangan tempat tinggal akibat banjir akhir tahun lalu.
“Muslim Rohingya yang berada di lima depoh Jabatan Imigresen dan yang tinggal di beberapa kawasan di sekitar Ampang dan Kajang juga sempat kami santuni dengan bantuan ubat-ubatan, pemeriksaan kesihatan, bekalan keperluan asas dan peralatan ibadah sempena bulan Ramadhan (sajadah, telekung, kain pelikat),” tambah beliau.
Katanya lagi, pada minggu kedua Ramadan lalu, hasil sumbangan rakyat Malaysia, satu misi kemanusiaan MyCARE ke Yangon dan kem-kem pelarian Rohingya di Kyauk Phyu, Sittwe dan Meiktila di Myanmar telah berjaya dilaksanakan.
“Program berbuka puasa dan bantuan pek makanan kepada lebih 2,500 orang penduduk Muslim dan pelarian Rohingya di Myanmar telah berjaya disampaikan di samping meninjau keperluan untuk menghantar bantuan secara konsisten melalui saluran rasmi yang dikendalikan oleh umat Islam tempatan,” kata Dr Hafidzi lagi.
Beliau menyeru semua warga masyarakat untuk terus mempertingkatkan infak dan sedekah pada penghujung bulan Ramadan ini sebagai lambang pengabdian dan kesyukuran kita ke atas pelbagai nikmat yang telah Allah SWT kurniakan kepada kita.
“Nikmat ini kita syukuri dengan membela mereka yang ditimpa dengan ujian kesusahan dan penderitaan tidak kira di mana sahaja mereka berada,” jelasnya lagi.
Bentuk pakej sumbangan bagi Kempen Raikan Ramadhan MyCARE adalah seperti berikut:
- Penajaan Sahur RM20/set
- Penajaan Iftar RM50/set
- Penajaan Hadiah Hari Raya (Eid Gift) RM150/set
- Penajaan Pek Makanan Keperluan RM300/set untuk keluarga miskin
Sumbangan boleh dibuat atas nama Humanitarian Care Malaysia Berhad melalui akaun Maybank Islamic 551575-004299, Bank Islam Malaysia Berhad 1209-20100-34904 atau CIMB 8602-135-592.
Bagi mendapatkan resit atau pengesahan sumbangan, sila hantarkan maklumat berikut ke alamat e-mel account@mycare.org.my atau +6019-6551948 (whatsapp, telegram, atau sms sahaja):
- Maklumat peribadi (nama penuh, nombor telefon, alamat surat menyurat ,dan emel),
- Bukti transaksi (tarikh, masa, bank, dan jumlah sumbangan)
- Nyatakan destinasi negara/tujuan sumbangan (contoh: Palestin/Sahur)
Pengesahan sumbangan akan diterima melalui sms atau emel. Semua sumbangan yang tidak dimaklumkan tujuannya, akan dimasukkan ke dalam Tabung Amanah bagi tujuan umum. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat MyCARE di talian 03-8941 2341.
Sumber: http://on.fb.me/1dJai29