Pakej tambahan bantu PKS

Pakej tersebut merupakan tambahan kepada dana RM4.5 bilion khusus untuk PKS dan PKS mikro yang diumumkan beliau pada 27 Mac lepas.

 

Beliau berkata, kerajaan akan memastikan kesemua pakej rangsangan ekonomi dan perbelanjaan yang dilakukan bagi menangani impak COVID-19 dilaksanakan dengan telus berlandaskan peruntukan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

 

“Kerajaan akan meneruskan amalan kewangan berhemah dan disiplin fiskal yang tinggi demi memastikan keadaan kewangan negara terus kukuh dan terkawal,” ujarnya.

 

Jelasnya, kerajaan akan membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan sewaktu Parlimen bersidang pada Jun akan datang, untuk semua pakej rangsangan ekonomi yang telah diumumkan.

 

“Unit LAKSANA di bawah Jabatan Perdana Menteri akan memastikan semua inisiatif PRIHATIN dan Prihatin Tambahan dilaksanakan dengan cepat dan lancar,” jelasnya.

 

Beliau berkata, semua ini termasuk dengan suntikan dana tambahan, dan ia adalah selaras dengan Perkara 101, 102, dan 103 yang telah dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.

 

“Unit ini akan sentiasa memantau dan melaporkan perkembangan pelaksanaan semua inisiatif kepada Menteri Kewangan dan saya.”

 

Menurutnya lagi, untuk menyokong penyampaian inisiatif PRIHATIN, portal https://imsme.com.my/ yang dikendalikan oleh Credit Guarantee Corporation (CGC) dengan sokongan Bank Negara Malaysia (BNM) bersedia untuk menerima permohonan pinjaman PKS yang telah diumumkan.

 

Dalam pada itu, PKS juga mempunyai pilihan untuk membuat permohonan pinjaman melalui portal IMSME yang turut menyediakan khidmat myKNP, iaitu khidmat nasihat pembiayaan untuk pengusaha sektor berkenaan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia