Bantuan Banjir 2021: IKRAM aktifkan 5 institusi

SERI KEMBANGAN – Sebanyak lima institusi Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) kini sedang mengaktifkan operasi bantuan kepada mangsa banjir di kawasan-kawasan terjejas.

 

Institusi-institusi tersebut ialah Yayasan IKRAM Malaysia, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Hidayah Centre Foundation (HCF), Persatuan Belia Harmoni Malaysia (HARMONI) dan Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health).

 

Yayasan IKRAM Malaysia (i-Bantu) telah melancarkan Tabung Cakna Banjir. Orang ramai boleh menyumbang bantuan banjir melalui pautan https://www.billplz.com/caknabanjir atau akaun Yayasan Ikram Malaysia (Maybank Islamic 562142404402) dengan rujukan ‘CaknaBanjir’.

 

Dalam pada itu, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) aktif memberikan bantuan banjir dan melancarkan Kempen Bencana Banjir, dengan sumbangan boleh dibuat melalui https://mycare.qrd.by/bencana atau akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad (CIMB Islamic 8602135592) dengan rujukan: Banjir / Bencana.

 

Hidayah Centre Foundation (HCF) turut mengambil inisiatif melalui Tabung Kecemasan Bencana Alam yang mana sumbangan bantuan banjir boleh disalurkan melalui pautan https://bit.ly/TBencana atau akaun The Trustees of Hidayah Centre Foundation Registered melalui Maybank (562209624421), Bank Islam (12113010049433) dan Bank Rakyat (110461000356) dengan rujukan ‘Tabung Bencana’.

 

IKRAM Health pula melancarkan tabung kecemasan untuk sumbangan pembelian ubat-ubatan dan keperluan kesihatan kepada mangsa-mangsa banjir. Sumbangan boleh disalurkan melalui pautan https://www.billplz.com/danabanjirIH atau akaun Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (CIMB 8604921680) dengan rujukan ‘danabanjirIH’.

 

Badan mahasiswa, Persatuan Belia Harmoni Malaysia (HARMONI) juga melancarkan Sumbangan #DAruratBanjir melalui pautan
https://www.billplz.com/DaruratBanjirHarmoni dengan sasaran kutipan sumbangan bantuan banjir sebanyak RM10,000.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai institusi-institusi IKRAM yang bergerak bersama membantu masyarakat dan membina Negara Rahmah, sila klik pautan https://ikram.org.my/institusi-institusi-ikram/.

 

Menurut Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NADMA), sehingga kini seramai 41,552 orang mangsa banjir dipindahkan ke 408 buah pusat pemindahan melibatkan lapan negeri.

 

Tiga negeri yang mempunyai mangsa banjir paling tinggi ialah Selangor iaitu 18,268 orang, Pahang 17,011 dan Kelantan ,956. Negeri-negeri lain yang terlibat ialah Kuala Lumpur (522), Melaka (710), Negeri Sembilan (355), Perak (427) dan Terengganu (303).

 

Di Selangor, daerah Klang mempunyai mangsa banjir paling tinggi iaitu seramai 10,670 orang diikuti dengan daerah Petaling (3,872) dan Kuala Langat (1,988). Di Pahang, daerah Kuantan mempunyai paling ramai mangsa banjir iaitu 6,631 orang diikuti Temerloh (2,674) dan Raub (2,393).

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia