Varian Omicron: Wanita pulang umrah jadi kes pertama

SERI KEMBANGAN – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mengesan kes pertama Covid-19 varian Omicron di negeri itu.

 

Exco Kesihatan dan Anti Dadah Negeri Melaka, Dr Muhammad Akmal Saleh berkata, wanita tersebut merupakan kategori satu yang tidak bergejala.

 

“Kes tersebut melibatkan seorang wanita berusia 34 tahun yang baru pulang daripada mengerjakan umrah.”

 

Menurutnya, wanita tersebut berada di sana bermula 4 Disember hingga 15 Disember 2021.

 

“Mangsa telah bertolak pulang dari Jeddah, Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, dengan menaiki pesawat Saudi Airlines SB3842 dan tiba di KLIA pada 15 Disember 2021 pada jam 9.50 malam.”

 

Ujian swab PCR Covid-19 telah dijalankan di lapangan terbang KLIA semasa ketibaannya.

 

“Ia telah pulang ke negeri Melaka dengan menaiki van persiaran sewaan khas ejen umrah. “

 

Berikutan itu, beliau telah diarahkan menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian (home surveillance order) di rumah selama tujuh hari.

 

Siasatan awal mendapati wanita tersebut mempunyai sembilan kontak rapat, iaitu enam ahli keluarga di Melaka, dua di Kuala lumpur dan seorang pemandu van ejen umrah dan lima daripada mereka disahkan Covid-19.

 

Susulan daripada itu, beliau meminta 40 penumpang yang menaiki penerbangan yang sama wanita tersebut merujuk ke CPRC berhampiran secepat mungkin.

 

Sementara itu di Johor, Jabatan Kesihatan Negeri mengesan dua kes Covid-19 varian Omicron. Kes membabitkan pasangan suami isteri yang pulang dari Arab Saudi selepas mengerjakan umrah pada 4 Disember lalu.

 

“Pasangan berkenaan kembali ke Malaysia melalui KLIA pada 16 Disember dan menjalani ujian PCR di lapangan terbang tersebut dan keputusan positif diperolehi pada 18 Disember,” demikian kata Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar Johor, Vidyananthan A/L Ramanadhan.

 

Sampel ujian mereka menjalani proses jujukan genom sebelum disahkan sebagai Omicron.

 

Kedua-dua pesakit sedang menjalani isolasi di rumah dan semua kontak rapat telah dikenal pasti dan diarahkan untuk menjalani pengasingan dan pemerhatian di rumah.

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia