Nusaybah Maszlee Paling Cemerlang di Universiti Georgetown, Qatar

Nusaybah Maszlee Paling Cemerlang di Universiti Georgetown, Qatar | IKRAM

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada Nusaybah Maszlee atas kejayaan beliau mengharumkan nama negara.

Ucapan itu dinyatakan menerusi halaman Facebook rasmi Istana Negara hari ini selepas Nusaybah, 24, telah melakar sejarah menjadi pelajar Malaysia dan Asia Tenggara pertama memenangi enam Anugerah Siswa Cemerlang di Universiti Georgetown, Qatar baru-baru ini.

Dengan kejayaan ini, ia membuktikan sekali lagi bahawa rakyat Malaysia dengan iltizam dan usaha yang bersungguh-sungguh, mampu bersaing dan mencapai kecemerlangan di peringkat dunia.

“Semoga kecemerlangan beliau menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya generasi muda untuk bekerja keras dan memberikan yang terbaik bagi mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing,” ujar catatan tersebut.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Nusaybah dan mendoakan agar beliau dilimpahi kejayaan dan kecemerlangan berterusan.

Jelas Tujuan dan Matlamat

Dalam pada itu, ibu kepada Nusaybah, Dr Hamidah Mat memberikan maklum balas berkaitan apakah reaksinya sebagai ummi dan abati atas kecemerlangan anak mereka, beliau menjawab, seperti ibu bapa yang lain, beliau bersyukur kepada Allah SWT atas pencapaian yang diraih itu.

“Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi yang baik kepada remaja-remaja yang lain.”

Menurutnya, yang penting ialah apa yang anaknya akan sumbangkan kepada masyarakat selepas pengajian beliau.

“Semoga Nusaybah akan menjadi manusia yang bermanfaat kepada agama, negara dan ummah,” jelas Dr Hamidah.

Antara tip mendidik anak bagi pasangan Dr Hamidah dan Prof. Dr Maszlee Malik hingga merangkul kejayaan demikian, beliau berkata tiada tip yang istimewa.

“Namun sebagai ibu bapa, kita perlu jelas akan tujuan dan matlamat yang ingin anak-anak capai.”

Baginya, mereka tidak pernah memaksa apa yang anak-anak mahu belajar atau jurusan yang dipilih. 

“Apa yang penting, kami sentiasa mengingatkan agar mereka bersungguh-sungguh dalam apa juga yang dilakukan,” jelasnya.

Beliau yang juga Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Open University Malaysia (OUM) berkata, galakan dan dorongan berterusan daripada ibu bapa merupakan aspek yang penting dalam perkembangan pendidikan anak-anak. 

“Selain itu, para guru, sekolah dan tempat pengajian mempunyai sumbangan yang signifikan dalam pendidikan dan kejayaan anak-anak.”

Selain Nusaybah sebagai anak sulung, Dr Maszlee dan Dr Hamidah memiliki tiga lagi cahaya mata iaitu Sumayyah, 21, yang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Rufaydah, 19 (MSU) dan Mujaddid, 14, belajar di Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch.

Perlu Ada Minat

Ketika ditanya kepada Tokoh Mahasiswa Cemerlang ini, apakah tip dan rahsia kecemerlangan yang dirangkul ini, beliau menjawab perlu pilih jurusan yang diminati.

“Apabila kita minat sesuatu benda, naturally kita akan suka apa yang dibuat dan takkan rasa sesuatu itu susah.”

Jelas Nusaybah lagi, jika susah pun seseorang itu akan ‘enjoy’ belajar sesuatu benda tu.

“Pilih kawan-kawan yang elok, yang sama-sama semangat serta rajin belajar, insya-Allah inilah yang menjadi pendorong semua ini.”

Beliau adalah mahasiswa yang bermotivasi tinggi dan bekerja keras serta minat yang mendalam terhadap hal ehwal antarabangsa. 

Penerima Biasiswa Merit Yayasan Qatar ini sangat berminat dengan kerjaya melibatkan pengurusan projek, penyelidikan dan komunikasi seterusnya berpengalaman dalam pengurusan media sosial, penyelidikan, analisis dasar serta pengurusan projek.

Anak muda ini telah menjalankan penyelidikan berkaitan politik belia di Malaysia sebagai tesisnya hingga mendapat keputusan lulus dengan cemerlang.

Selain memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.0, Nusaybah telah berjaya memenangi anugerah Suma Cum Laude (pelajar paling cemerlang), Anugerah Pingat Dekan, Tesis Terbaik dan Anugerah Pelajar Paling Cemerlang dalam pengkhususan Politik dan Hubungan Antarabangsa.

Atriza Umar
Pegawai Jabatan Komunikasi dan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Penafian: Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia