NSLC didik bakal pemimpin dua negara

Kem kepimpinan yang bertemakan “Becoming Excellent Future Leaders” ini dianjurkan oleh Institute of Leadership Development(iLeaD), Universitas Indonesia dengan kerjasama Majlis Pemuda IKRAM dan IKRAM MUSLEH.

Menurut wakil jawatankuasa penganjur, Marwan Abdullah, NSLC adalah program yang pertama kali diadakan di Malaysia bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan nilai kepimpinan di peringkat ASEAN.

“Kami menghimpunkan pelajar dari peringkat menengah atas yang berusia 15 hingga 17 tahun dan dipilih dari seluruh pelusuk Malaysia dan Indonesia”.

“Pelajar yang terlibat dari Malaysia adalah daripada IKRAM MUSLEH yang mempunyai lebih daripada 30 buah sekolah Islam”, tambahnya.

Kira-kira 11 orang pemimpin pelajar yang terpilih daripada sekolah-sekolah menengah rangkaian IKRAM MUSLEH mewakili Malaysia manakala selebihnya dari Indonesia.

  

Sesi Outbound dan Conference

Antara aktiviti yang diadakan ialah sesi Outbound bagi tujuan ice-breaking dan untuk membentuk karakter kepemimpinan dalam diri peserta melalui aktiviti dalam kumpulan dan juga sesi Conference yang menampilkan ketokohan dan karisma para peserta melalui pembentangan dan ucapan.

Seorang peserta daripada Sekolah Menengah Islam Hira’, Noor ‘Izzah berkata bahawa NSLC mengajar tentang erti kerjasama dalam kepimpinan yang merupakan sesuatu yang penting dan ini merupakan kali pertama dia melibatkan diri dalam program yang menghimpunkan antara dua negara.

Menurut Qiwamudin, koordinator NSLC daripada iLeaD, pihaknya telah mengumpulkan 43 orang pelajar dari pelbagai daerah berbeza di Indonesia dan fokusnya untuk mengajar bagaimana cara memimpin seterusnya menjadi seorang pemimpin pada masa hadapan.

Semoga para pemimpin pelajar daripada kem ini dapat membawa pulang ilmu dan pengalaman berharga untuk dipraktikkan dan dikongsikan bukan sahaja di sekolah masing-masing tetapi juga untuk seluruh masyarakat umumnya, insya-Allah.

Web IKRAM MUSLEH: http://musleh.edu.my | FB: https://www.fb.com/ikrammusleh.edu/

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia