Bentuk sokongan moral berbentuk kutipan dana ini beroperasi dengan mekanisme di mana setiap baucar Bufet Ramadan yang dijual, RM1 akan disalurkan kepada tabung Dana Bantuan Muallaf bersama-sama dengan sumbangan lain.
Pada 14 Mei lalu, majlis pelancaran Bufet Ramadan 2015 telah dirasmikan oleh YB Teresa Kok Suh Sim diringi oleh Pengurus Besar PKNS, Hj Azlan Md Alifiah. Turut hadir dalam pelancaran Bendahari HCF, Ir Hj Wan Ahmad Nizar Zakaria.
Memenuhi aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SACC untuk meringankan beban yang ditanggung oleh golongan yang memerlukan, Bufet Ramadan kali ini menyediakan hidangan kira-kira 120 masakan Nusantara dengan harga baucar RM88 untuk dewasa dan RM44 untuk kanak-kanak dari 6 hingga 12 tahun.
Promosi Early Bird yang kini sedang berlangsung hingga 31 Mei 2015 menawarkan baucar Bufet Ramadan dengan harga serendah RM68. SACC turut menawarkan promosi “BELI 1 PERCUMA 1” pada lima hari pertama Ramadan ke atas baucar Bufet Ramadan yang sama. Tempahan awal boleh dibuat dengan menghubungi SACC di talian 03-5511 8813.
Nikmat Iftar pada tahun ini sarat dengan aktiviti termasuk “Berbuka Puasa Bersama Selebriti Anda”. Selain itu, baucar Nikmat Iftar secara percuma boleh dimenangi melalui kuiz di halaman Facebook SACC, Program TV, medium online dan majalah-majalah bulanan. Maklumat lanjut boleh diikuti melalui pengumuman di laman Facebook SACC.
Pada tahun lalu, SACC turut menghulurkan derma kepada Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia melalui kerjasama MAIS dengan menawarkan konsep “Berbuka Sambil Menderma”.
Semoga usaha SACC dan HCF dalam Nikmat Iftar ini dapat membantu kebajikan saudara-saudara baru yang memerlukan di Selangor, insya-Allah.
Foto: http://on.fb.me/1L6rfz8
Web HCF: http://www.hidayahcentre.com/