Majlis anugerah yang julung kali diadakan anjuran Islamic Propagation Society International (IPSI) dengan kerjasama kerajaan Pulau Pinang bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada para pendakwah kepada masyarakat bukan Islam khususnya yang aktif di seluruh negeri.
Nicholas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Dakwah, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) pernah menerima Anugerah Tokoh Saudara Baru Maulidur Rasul Negeri Sabah 2009 dan Anugerah Khas Tokoh Maal Hijrah Wilayah Persekutuan 2013.
Selain Nicholas, turut menerima anugerah tersebut adalah Sheikh Hussain Yee, Firdaus Wong Wai Hung, Amran Anbarasu Abdullah, Muhammad Fitri Abdullah, Lim Jooi Soon, Mohamad Ali Abdullah, Muhammad Michael Abdullah, Muhd Nur Azlee Stanley Muhd Savarimuthu, Shah Kirit Kakulal Govindji, Abdul Malik Abdullah, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu, Mohd Naim Islam Abdullah, Norhana Ng Abdullah and Hj. Kamarudin Abdullah.
Anugerah disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Dato’ Mohd Rashid Hasnon di Auditorium Majlis Perbandaran Seberang Perai, Bandar Perda di sini.
Setiap penerima anugerah menerima sebuah trofi kristal, sijil pengiktirafan daripada kerajaan negeri dan juga wang tunai sebanyak RM3,000 daripada IPSI.
Sebelum penyampaian anugerah, sebuah forum yang bertajuk “Islam Rahmat Untuk Semua” turut diadakan yang menampilkan tiga panelis iaitu Bro Shah Kirit, Bro Firdaus Wong, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Hj. Kamarudin sebagai moderator.
Turut hadir Exco Hal Ehwal Agama Negeri, Datuk Abdul Malik Abul Kassim, Mufti Negeri, Sahibus Samahah Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, Penasihat IPSI, Dr. Amir Shah dan Pengerusi Persatuan Melayu Pulau Pinang, Tan Sri Mohd. Yusof Latif.
Sumber: IPSI