NGO Gesa Pertahankan Kebebasan Akademik

Kebebasan akademik yang berpaksikan kebenaran adalah tonggak kepada keutuhan negara. Kami menyelar perkiraan singkat pihak tertentu dengan menyekat suara para ahli akademik didengari oleh rakyat terbanyak.

Jika perkara ini berterusan kepercayaan masyarakat terhadap universiti kita akan musnah. Masalah disiplin pelajar, kecelaruan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah, merudumnya kedudukan universiti kita di Asia, corotnya ranking negara kita dalam ujian PISA seolah-olah tidak memberi pengajaran kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dengan terus melakukan jenayah yang lebih besar terhadap dunia pendidikan negara. Terkini, insiden perletakan jawatan Profesor Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman sebagai Pengarah UMCEDEL dengan berlatar belakangkan campur tangan politik adalah tragedi kepada dunia akademia negara.

Kami menyatakan kekesalan yang amat mendalam terhadap kejadian ini. Insiden ini (pemaksaan perletakan jawatan Pengarah UMCEDEL) menunjukkan Kementerian Pendidikan gagal mempertahankan prinsip yang paling asas dan terpenting iaitu kelestarian ilmu dan kebenaran. Kegagalan ini bertambah parah apabila berlaku di universiti terunggul Negara.

Oleh yang demikian kami dengan ini mengutuk sekeras-kerasnya sebarang campurtangan politik dan sebarang percubaan menyekat kebebasan akademik yang berteraskan kebenaran. Maka dengan ini pada bulan ditanzil kitab al-Quran yang berfungsi sebagai al-Furqan (pembeza kebenaran dan kebathilan) melancarkan kempen kesedaran kebebasan akademik untuk Malaysia. Kami juga menegaskan satu kempen untuk mempertahankan kebebasan akademik di Malaysia telah digerakkan bersama menerusi laman sosial (Fb Page Solidarity 4 Prof Redzuan) ‪dan #‎academicfreedom4malaysia‬ serta gerakan di peringkat massa demi kesedaran rakyat .

Amidi Abd Manan (Presiden, ABIM) bagi pihak:-

1) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
2) Gerakan Intelektual Rakyat (GATERA)
3) Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)
4) Paksi Seniman Rakyat (PAKSI)
5) Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI)
6) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
7) Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
8) Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM)
9) Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)
10) Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
11) Gerakan Mahasiswa Mansuhkan Auku (GMMA/174)
12) Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP)
13) Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
14) Akademi Pendidikan Demokrasi & Kewarganegaraan
15) Dewan Perdagangan Islam Malaysia (Cawangan Selangor)

Foto: Wakil IKRAM, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor dalam sidang media gabungan NGO

Sumber foto: http://goo.gl/047GTR

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia