NGO BDS Movement Malaysia ditubuhkan, perkasa aktiviti boikot Israel

Jawatankuasa Protem bagi NGO ini telah dipilih di mana pensyarah Universiti Malaya (UM), Prof Dr Mohd Nazari Ismail telah dilantik sebulat suara untuk menjadi Pengerusi Penaja, yang telah merintis kelahiran gerakan ini melalui penganjuran Persidangan Antarabangsa BDS For Justice pada 12 September lalu. 

Turut hadir dalam mesyuarat penubuhan BDS Movement Malaysia di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan UM tersebut ialah Pengerusi MyCARE, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi Viva Palestina Malaysia (VPM) Dato’ Dr Musa Mohd Nordin dan wakil pelbagai NGO, kumpulan dan individu.

    

Perkongsian Dr Musa, ucapan Dr Nazari (Pengerusi Protem) dan wakil-wakil NGO yang hadir

Pertubuhan ini akan mengemukakan permohonan penubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan akan menyertai gerakan BDS yang semakin berkembang di peringkat antarabangsa bagi menyatakan solidariti dengan perjuangan rakyat Palestin.

Dengan misi untuk menyokong kebebasan, keadilan dan kesaksamaan di Palestin melalui kempen boikot, penarikan dan sekatan terhadap Israel, BDS Movement Malaysia merupakan pertubuhan bebas, bukan kerajaan, bukan pertubuhan politik dan bukan mencari keuntungan, yang melangkaui sempadan kaum, agama dan budaya.

FB BDS Movement Malaysia: https://www.facebook.com/bdsmovementmalaysia/
Berita Persidangan Antarabangsa BDS For Justice: http://bit.ly/1RbmKsU
Laman rasmi BDS Antarabangsa: http://bdsmovement.net/

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia