Negara Rahmah: Bangunkan bandar rendah karbon

KUALA LUMPUR – Dalam rangka menjadikan Malaysia sebuah negara rahmah, Datin Paduka Hjh Che Asmah Ibrahim, Ketua Wanita IKRAM mengajak supaya dibangunkan bandar-bandar rendah karbon.

“Mari kita bangunkan bandar-bandar yang rendah karbon di negara ini dalam menjadikan Malaysia menuju negara rahmah,” ujar beliau.

Che Asmah yang juga Naib Presiden Gaya Hidup Hijau, Greentech Malaysia berkata, setakat ini 54 daripada 154 PBT yang disasarkan sedang giat melaksanakan usaha mengurangkan pelepasan karbon di kawasan masing-masing bagi menjayakan Kerangka Kerja Bandar Raya Rendah Karbon (LCCF) menjelang 2020.

“Sehingga kini kita sudah adakan jalinan kerjasama bersama 54 PBT yang telah diberi latihan khusus iaitu sebanyak 36 PBT untuk memulakan gerak kerja dalam LCCF ini.”

Daripada jumlah tersebut ujarnya, 11 daripada PBT telah mula menyediakan dokumen asas (baseline).

“Antara elemen penting dalam rangka kerja LCCF ini, ialah kita perlu bangunkan baseline kerana baseline sangat penting untuk mengetahui apa jenis karbon yang digunakan tahun ini.”

Demikian ujar Che Asmah ketika ditanya pemberita dalam Program International Greentech & Eco Product Exhibition & Conference Malaysia (IGEM 2016), ‘Green Business For Sustainabality’ yang berlangsung pada 5 hingga 8 Oktober 2016 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Selain itu, kerangka kerja bandaraya rendah karbon (LCCF) bertindak sebagai panduan untuk digunakan di kawasan penting yang menyumbang kepada pengurangan pelepasan Rumah Hijau (GHG).

Dalam pada itu, LCCF turut memperkenal kalkulator karbon dalam pembinaan yang membantu pengguna menentukan garis dasar semasa.

Ia bagi menilai semula tahap perlepasan karbon untuk melihat jika pengguna telah mendapatkan tahap pengurangan yang baik.

Malaysia sebelum ini mensasarkan untuk mengurangkan tahap pelepasan gas Rumah Hijau sebanyak 45 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjelang 2030.

Selari dengan hasrat itu, IKRAM turut melaksanakan Polisi Hijau dan Rendah Karbon dalam pelbagai aktivitinya bagi mengurangkan pencemaran udara dan alam sekitar.

Antara polisi tersebut ialah setiap aktiviti yang dijalankan IKRAM hendaklah mengambil kira langkah-langkah penjagaan alam sekitar daripada peringkat perancangannya lagi seperti pengurangan sisa buangan (reduce), penggunaan bahan yang boleh diguna semula (reused) dan kitar semula buangan (recycle).

Selain itu, IKRAM turut mengambil langkah yang praktikal bagi mengurangkan penggunaan bahan-bahan yang tidak mesra alam sekitar seperti plastik, polisterin dan lain-lain lagi dalam semua aktivitinya di samping mengamalkan prinsip penjimatan penggunaan tenaga, air dan sumber-sumber lain di pejabatnya.

IKRAM meyakini bahawa memelihara dan menjaga alam sekitar serta komponen-komponen yang ada dalamnya merupakan suatu kewajipan yang tergolong sebagai satu ibadah yang dituntut oleh syarak, yang menjadi salah satu daripada ciri-ciri Negara Rahmah yang digariskan IKRAM iaitu ‘Pembangunan yang Lestari’.

Semoga inisiatif bandar rendah karbon dapat dijayakan dengan kerjasama semua pihak sama ada individu, masyarakat, NGO, pihak berkuasa tempatan, kerajaan negeri dan kerajaan Malaysia bagi memastikan pembangunan yang lestari menuju negara rahmah, insya-Allah. 

Sumber:
Video: http://bit.ly/2eJ69x1
Polisi IKRAM: http://bit.ly/2ePuSRo

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia