Nantikan siri ‘lompatan’ seterusnya

Insiden lompat parti dalam kalangan wakil rakyat, sama ada ADUN atau ahli parlimen bukanlah sesuatu yang baru di negara kita. Reaksi rakyat bercampur-campur kerana aksi ‘hebat’ ini.

 

Ironinya sebahagian kita boleh menerima apabila wakil rakyat parti lain melompat ke partinya, tetapi marah dan menentang pula apabila wakil rakyat partinya melompat ke parti lain dengan pelbagai label dan gelaran.

 

Kita dapat lihat sebilangan wakil rakyat pembangkang yang mengubah haluan untuk menyertai parti pemerintah selepas PRU14, dan parti pemerintah pula menerima mereka. Apa sebab mereka melompat? Hakikatnya, masing-masing mempunyai sebab tersendiri.

 

Namun penulis berpandangan, apabila parti mereka hilang kuasa dan menjadi pembangkang pertama kali dalam sejarah, sebahagian pemimpinnya mencari ‘dahan berpaut’ yang mungkin bimbang peruntukan kawasan mereka dipotong.

 

Selain itu, mereka juga mungkin bimbang hilang jawatan penting, hilang elaun pelbagai jawatan dalam agensi kerajaan dan GLC, hilang kontrak syarikat kroni dalam projek-projek kerajaan, tidak terkecuali, mungkin bimbang didakwa kerana disyaki terlibat dalam jenayah terutamanya rasuah.

 

Lazimnya ramai wakil rakyat pembangkang melompat ke parti-parti yang memerintah kerana pelbagai kepentingan. Tetapi peristiwa besar pada Februari 2020 tidak begitu, ia unik namun tragik kerana ahli-ahli parlimen parti pemerintah yang melakukan aksinya.

 

Setelah PRU14, 22 bulan selepasnya, kita dapat saksikan bagaimana langkah ini melakukan ‘lompatan’ paling ‘tinggi’ dalam sejarah di peringkat pusat dengan tindakan keluar parti dan keluar gabungan parti hingga menumbangkan kerajaan sendiri.

 

Walaupun perbuatan melompat parti ini tidak melanggar perlembagaan negara, namun secara moralnya ia membelakangi kehendak rakyat yang memilih mereka berdasarkan parti dalam pilihan raya. Sesiapa sahaja wakil rakyat tidak wajar melompat parti walaupun parti barunya itu dalam gabungan yang sama.

 

Jika mereka ingin mengubah haluan atau sudah tidak mendukung aspirasi parti yang diwakilinya, wajarlah mereka melompat setelah parlimen dibubarkan dan bertanding dalam parti barunya.

 

Ini penting agar perjalanan tadbir urus negara dan negeri selama lima tahun stabil dan tidak terganggu dek permainan politik menjatuhkan lawan yang tidak berkesudahan.

 

Terdapat juga usaha untuk mencegah lompat parti antaranya undang-undang agar ADUN yang melompat parti mengosongkan kerusi sekali gus diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Pulau Pinang. Ada juga saranan supaya digubal akta antilompat dalam kalangan wakil rakyat di peringkat pusat.

 

Namun begitu, jika tidak ada ‘political will’, saranan ini akan berkubur begitu sahaja kerana aksi bertukar parti ini terjadi kepada wakil rakyat di kedua-dua belah pihak sama ada kerajaan atau pembangkang.

 

Dengan trend ‘melompat’ yang semakin menjadi-jadi mutakhir ini, adakah pihak pemerintah sanggup mengusulkan penggubalan akta antilompat di parlimen sedangkan ‘lompatan’ ini menguntungkan dan mengukuhkan kedudukan mereka?

 

Penulis sendiri tidak pasti untuk menjawab ‘ya’. Dengan ura-ura bahawa selepas tamat darurat, PRU15 akan menjelang tiba, kita nantikan siri aksi-aksi ‘lompatan’ dalam drama politik seterusnya.

 

Yang pasti, rakyat tidak sabar untuk menyaksikan kesudahan wakil rakyat mereka yang melompat parti dalam PRU15 nanti, sama ada tidak terpilih, jadi calon lagi, menang lagi atau ‘tersungkur’ di peti undi.

 

[Minda Editor]

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia