Naikkan Kadar RMT: Segera Atasi Pelajar Kurang Nutrisi

Naikkan Kadar RMT: Segera Atasi Pelajar Kurang Nutrisi | IKRAM

Sedarkah kita, anak-anak menghabiskan purata enam hingga tujuh jam, atau 50 peratus waktu mereka di sekolah setiap hari? Maka, seharusnya sekolah dijadikan sebagai lapangan yang ideal untuk menerapkan tabiat pemakanan yang sihat.

Sebagaimana frasa yang sinonim dikaitkan iaitu, “Badan yang sihat dapat membina minda yang sihat.” Melalui kata-kata ini, dapat dihuraikan bahawa makanan yang sihat akan mendorong kepada hasil yang baik dalam pencapaian pendidikan, kerana ia membantu badan melaksanakan fungsinya secara bersepadu dan menyeluruh.

Di kebanyakan negara, makanan di sekolah adalah sebahagian besar daripada diet terpenting harian kanak-kanak. Oleh itu, Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) dan Program Makanan Sedunia telah melancarkan projek untuk menambah baik pemakanan murid sekolah dengan sokongan Kementerian Makanan dan Pertanian di beberapa buah negara.

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga menyokong rancangan untuk memastikan setiap kanak-kanak yang memerlukan mendapat makanan sihat secara tetap di sekolah menjelang 2030.

Dalam pengisytiharan tersebut, lima agensi PBB komited untuk menyokong School Meals Alliance, yang mana lebih daripada 60 negara yang diketuai oleh Perancis dan Finland, yang berwawasan untuk memberi peluang kepada setiap kanak-kanak yang memerlukan mendapat hidangan berkhasiat di sekolah menjelang 2030.

Intervensi Yang Berkesan

Tahukah kita, di seluruh dunia, lebih 150 juta kanak-kanak tidak mendapat makanan, kesihatan dan keperluan asas?

Lima agensi PBB iaitu FAO, Program Makanan Sedunia, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (UNESCO) telah mengumumkan sokongan padu mereka untuk gabungan antarabangsa yang bertujuan meningkatkan pemakanan, kesihatan dan pendidikan dengan selayaknya untuk anak-anak di sekolah.

Hakikatnya, program pemakanan sekolah adalah intervensi yang berkesan untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak sekolah dan program sebegini boleh membantu memerangi kelaparan dan kekurangan zat makanan untuk anak-anak sekolah.

Tidak dinafikan bahawa pemakanan sihat adalah satu kemestian bagi setiap manusia khususnya kanak-kanak kerana pemakanan yang baik merupakan antara punca penting untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik anak-anak tersebut.

Daripada sudut pandangan ini, beberapa negara telah berminat untuk memperkenalkan sistem pemakanan yang berbeza kepada sekolah, dan sistem ini mesti tertakluk kepada banyak kajian dan piawaian yang mesti diikuti semasa pelaksanaan sistem ini.

Makanan Berkhasiat

Makanan yang berkhasiat di sekolah adalah penting untuk kesihatan pelajar, apalagi untuk pelajar berpendapatan rendah, dan memastikan para pelajar mendapat nutrisi yang diperlukan sepanjang hari untuk semangat belajar.

Berdasarkan penyelidikan, situasi ini menunjukkan bahawa di sesetengah negara menerima makanan di sekolah secara percuma atau dengan harga yang lebih rendah mengurangkan ketidakamanan makanan, obesiti dan kesihatan yang tidak baik.

Makanan yang disediakan hendaklah memenuhi piawaian pemakanan berkhasiat. Setiap hari, ramai pelajar di seluruh dunia hadir ke sekolah dengan perut kosong, menjadikannya sukar untuk memberi tumpuan kepada pelajaran.

Tentunya bagi mereka, makan di sekolah setiap hari amat bermakna bukan sahaja pemakanan dan kesihatan yang lebih baik, tetapi juga peningkatan akses serta bagi pencapaian pendidikan yang baik.

Terdapat berjuta-juta kanak-kanak dari semua peringkat menerima makanan di sekolah mereka. Berdasarkan kajian, makanan sekolah di dua belas atau lebih negara menyediakan makanan bertenaga tinggi dengan nilai pemakanan yang tinggi, sama ada secara percuma atau pada kadar yang menjimatkan.

Merealisasikan Matlamat Pembangunan Mampan

Faedah makanan sekolah berbeza-beza di setiap negara, sebagai contoh di negara maju, hidangan pelajar adalah daripada sumber makanan berkhasiat. Tentunya melalui makanan ini, ia membantu kanak-kanak menjadi orang dewasa yang tumbuh sihat dan produktif, membantu memecahkan kitaran kelaparan mereka.

Apa yang pasti, hidangan makanan mereka harus mengandungi gabungan seimbang tahap protein, lemak dan kalori yang sesuai untuk kanak-kanak.

Manakala di negara yang berpendapatan tinggi, makanan percuma biasanya hanya tersedia untuk kanak-kanak yang memenuhi kriteria berasaskan pendapatan keluarga. 

Antaranya, hidangan sekolah juga harus mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran serta karbohidrat untuk memastikan anak mendapat makanan yang seimbang dan memberinya tenaga.

Ia juga mendorong kanak-kanak ke sekolah dan menyokong pembelajaran kanak-kanak serta kesihatan juga kesejahteraan jangka panjang mereka.

Ia boleh menyumbang kepada pencapaian sekurang-kurangnya tujuh daripada 17 Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDGs) yang dikemukakan oleh PBB dalam Perhimpunan Agungnya pada September 2015 di New York, Amerika Syarikat untuk dicapai pada 2030 sebagai agenda demi pembangunan dan kemaslahatan manusia dan Bumi.

Antaranya ialah kelaparan sifar, kesihatan dan kesejahteraan yang baik, pendidikan yang berkualiti, mengurangkan ketidaksamaan, bandar dan masyarakat mampan, keamanan, keadilan dan institusi kukuh, serta kerjasama demi matlamat.

Program Sarapan Percuma

Masihkah kita ingat, sepatutnya pada tahun 2020, sarapan percuma akan disediakan buat semua anak-anak di sekolah rendah seluruh negara? Sebagaimana kata mantan Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik pada 2018 lalu:

“Anak-anak kita memerlukan jadual pemakanan yang tepat dan amalan pemakanan seimbang bagi memastikan mereka terus kekal sihat dan cergas, di samping dapat membantu mereka memberi tumpuan sebaik mungkin dalam pelajaran setiap hari.”

Beliau berkata, betapa perlunya mengambil berat aspek pemakanan murid dan sentiasa menggerakkan pelbagai inisiatif penting untuk memastikan anak-anak kita, perutnya sentiasa terisi dengan makanan berkhasiat.

Sepatutnya pada 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia melancarkan program sarapan percuma untuk anak-anak di sekolah rendah di seluruh negara. Melalui program ini nanti, anak-anak akan disediakan sarapan yang enak berpandukan menu yang sihat dan ia adalah percuma.

Program Sarapan Percuma (PSP) yang dirancang itu dijangka dapat memanfaatkan kira-kira 2.7 juta murid sekolah rendah seluruh negara dan mengguna pakai dua mekanisme bagi menjayakannya.

“Mekanisme pertama ialah pengoperasian PSP selama 30 minit menggunakan kombinasi menu utama dalam bentuk makanan bermasak dan menu buah-buahan.”

Manakala, mekanisme kedua pula ialah pengoperasian PSP selama 10 minit menggunakan kombinasi menu minuman produk tenusu seperti minuman berkhasiat dan menu makanan ringkas berkonsepkan sedia dimakan seperti roti, biskut, snek bijirin, kuih dan telur rebus.

Maszlee berkata, senarai menu PSP dibangunkan bersama-sama dengan kepakaran pihak Kementerian Kesihatan dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) (pada waktu itu) bagi memenuhi khasiat yang diperlukan oleh murid.

Ibu Bapa Di Malaysia Jimat RM2.3 bilion

Sekali lagi pada 2021, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik mencadangkan kerajaan untuk menubuhkan semula Program Sarapan Percuma (PSP) dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

“Langkah tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar, malah kepada peniaga yang terjejas sepanjang krisis pandemik Covid-19. Sebagaimana menurut kajian pada tahun 2019, PSP dijangka memberi manfaat kepada hampir 2.7 juta murid untuk tempoh 200 hari setahun.”

“PSP juga perlu dilaksanakan semula ekoran wabak Covid-19 yang melanda menjadikan ekonomi rakyat semakin parah. Laporan Jabatan Statistik Negara (DOSM) juga mengatakan, bilangan T20 telah merosot lebih 12 peratus manakala 20 peratus daripada golongan M40 kini beralih kepada B40,” katanya ketika perbahasan RMK-12 di Dewan Rakyat.

“Impak pandemik Covid-19 secara tidak langsung menjejaskan tumbesaran anak-anak dan pendidikan mereka. Manakala proses membesar kanak-kanak melalui makanan bergizi juga termasuk dalam proses bersepadu Pendidikan,” kata Dr Maszlee.

Namun, kerana bertukarnya kepimpinan negara pada 23 Februari 2020, rancangan yang sangat menarik dan rasional yang dibawa oleh Ahli Parlimen Simpang Renggam untuk pertumbuhan kesihatan murid-murid di sekolah, tidak diteruskan dan dipandang sepi kerajaan seterusnya.

Terdahulu, Program Sarapan Percuma (PSP) yang dirancang oleh mantan Menteri Pendidikan itu hakikatnya mampu meringankan perbelanjaan keluarga dengan memberi penjimatan kira-kira RM2.3 bilion kepada ibu bapa di Malaysia untuk menyediakan wang saku kepada anak mereka.

“Inisiatif itu baik kerana ia merupakan pelaburan besar untuk generasi akan datang yang akan mewarisi negara dalam tempoh 20 tahun,” kata Profesor ekonomi di Universiti Tun Abdul Razak, Prof Dr Barjoyai Bardai.

Beliau berkata, inisiatif untuk semua murid itu bukan hanya kepada keluarga berpendapatan sederhana, malah murid daripada keluarga berada.

“Kita ambil contoh, ibu bapa membelanjakan RM856 setahun untuk memberi wang saku sebanyak RM4 sehari kepada seorang anak.”

Namun, ada yang mempersoalkan mengapa anak orang kaya juga dapat makan percuma?

“Bagi saya yang penting semua murid mendapat keperluan makanan seimbang dan baik supaya dapat beri tumpuan di dalam kelas.”

Peranan Keluarga Malaysia

Justeru, adalah sangat penting bagi pengusaha kantin di sekolah untuk menyediakan makanan sihat yang membantu kanak-kanak membuat pilihan yang baik dan mengikuti langkah-langkah sihat dalam pilihan mereka, yang membawa kepada pembentukan tabiat pemakanan pada awal usia serta menjadi gaya hidup yang sihat untuk mereka.

Pihak kerajaan keluarga Malaysia sewajarnya memandang serius berkaitan pemakanan murid-murid di sekolah, sebagaimana sejak kebelakangan ini, timbul isu makanan yang kurang berkhasiat melalui Rancangan Makanan Tambahan (RMT) berikutan harga kos keperluan makanan meningkat.

Tentunya penambahbaikan kualiti makanan di sekolah adalah satu kemestian untuk menyumbang kepada memenuhi keperluan pemakanan murid. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pihak pengurusan sekolah perlulah mengambil bahagian bagi memastikan penyediaan makanan kepada murid menepati kualiti diperlukan.

Inisiatif piawaian dan garis panduan pemakanan makanan di sekolah perlu dikuatkuasakan  bagi melindungi hak terhadap makanan murid-murid di sekolah. Ia juga dijangka mampu menghasilkan metodologi baharu untuk membantu pihak kerajaan dan institusi membangunkan serta melaksanakan piawaian pemakanan untuk makanan yang sihat dan berkualiti tinggi untuk anak-anak di sekolah.

Selain itu, pihak kerajaan seharusnya melaksanakan perancangan yang dibawakan oleh mantan Menteri Pendidikan pada waktu era Pakatan Harapan berkuasa, iaitu Program Sarapan Pagi (PSP) bagi merealisasikan Matlamat Pembangunan Mampan sebagaimana yang disarankan oleh PBB.

Atriza Umar
Pegawai Jabatan Komunikasi dan Multimedia
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia