Kes harian Covid-19 meningkat sedikit

SERI KEMBANGAN – Angka kes harian Covid-19 di Malaysia meningkat sedikit kepada 4,543 hari ini berbanding 4,343 pada Ahad.

 

“Jumlah baharu yang direkodkan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kini 2,510,852,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan.

 

Menurut data Johns Hopkins University jumlah kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini berjumlah 249,826,779.

 

Ia berikutan lebih 400,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas dan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan 46,482,837 kes.

 

Seterusnya, diikuti India dengan 34,355,509 kes dan Brazil dengan 21,874,324 kes, United Kingdom pula mencatatkan 9,346,958 kes, manakala Rusia dan Turki turut memasuki kumpulan negara yang mencatat lebih 8 juta kes.

 

Perancis pula mencatatkan lebih 7 juta kes, Argentina, Sepanyol dan Colombia merekodkan kes positif melebihi 5 juta kes.

 

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului angka tertinggi kes Covid-19 dengan 4,247,721 kes.

 

Dalam pada itu, sehingga jam 11.59 malam Ahad, sebanyak 75.2 peratus atau 24,552,038 individu di negara ini telah lengkap diberi vaksin Covid-19.

 

Sejumlah 94.8 peratus atau 22,194,116 individu kadar populasi dewasa juga telah lengkap menerima dos vaksin.

 

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 97.4 peratus atau 22,809,218 individu bagi populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

 

Sebanyak 38,027 dos suntikan vaksin diberikan pada Ahad melibatkan 13,110 suntikan dos lengkap, 3,068 menerima dos pertama dan 21,849 pula menerima suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,402,399.

 

Selain itu, sebanyak 2,357,922 atau 74.9 peratus individu bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksin, manakala 86.3 peratus atau 2,715,817 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

 

Jumlah kumulatif bagi dos penggalak pula kini sebanyak 506,236 individu.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia