Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengikuti perkembangan nahas helikopter di Wilayah Gilgit, Pakistan pada 8 Mei lalu yang mengorbankan beberapa diplomat asing termasuklah Duta Norway, Duta Filipina, isteri Duta Indonesia serta isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia.
IKRAM sangat bersimpati dan mengucapkan takziah atas pemergian isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, TYT Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar iaitu Datin Habibah Mahmud khususnya serta kepada Kerajaan Malaysia amnya.
Seluruh ahli IKRAM khususnya dan rakyat Malaysia amnya mendoakan agar TYT Datuk Drpd Hasrul Sani Mujtabar dan seluruh ahli keluarga beliau bersabar dan redha atas kehilangan ini.
Bersama kita doakan agar Almarhumah Datin Habibah Mahmud akan ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang soleh.
Kami juga mendoakan agar TYT Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar akan segera sembuh, insyaa-Allah.
Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un. Al-Fatihah.
Ustaz Hj Hasanuddin Mohd Yunus
Timbalan Presiden &
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa
Pertubuhan IKRAM Malaysia