Dalam ucapan perasmian, Dr Mohd Parid berkata, sebagai penunggang dan pengembara, mereka perlu mengetahui tanggungjawab sebagai seorang Muslim.
“Tunggangan itu wasilah untuk membawa kepada mengingati Allah.”
Menurutnya, ada ulama yang menjadi pengembara dan pendakwah seperti Ibnu Batutah yang mengembara hingga ke Sungai Volga dan Moscow.
“Dakwah harus digerakkan dalam apa jua keadaan.”
Beliau turut berharap supaya MIB dapat menyuburkan medan dakwah dan menghimpunkan maklumat untuk meneroka medan baru.
“Muslim di Asia Tenggara hanya 40 peratus, kerja dakwah harus dipergiatkan.”
Beliau turut menyarankan agar MyIKRAM Bikers mempunya visi dan matlamat yang murni dan menjadikan NGO sebagai wasilah dakwah agar Malaysia dipayungi kesejahteraan, kemakmuran dan rahmah Allah.
Berikut adalah Ahli Jawatankuasa MyIKRAM Bikers yang dipilih bagi sesi 2018-2020:
Pengerusi: Syed Ghazali Syed Hassan
Timbalan Pengerusi: Prof Dr Azmi Hassan
Setiausaha: Hj Mohd Kamal Ariffin Bunyamin
Penolong Setiausaha: Hj Aidilakbar Mohd Yasin
Bendahari: Capt Azland Hanafi
Ahli Jawatankuasa:
Hj Zulkarnain Mohd Ghazali
Prof Madya Dato’ Dr Oteh Maskon
Hj Mohd Masri Jamaat
Dr Al-Amin Mohd Daud
Lt Kol (R) Zulkhifli Yunus
Pemeriksa Kira-kira 1: Mohd Zahin Syafiq Abdul Aziz
Pemeriksa Kira-kira 2: Hj Madhadzir Hassan
Pengerusi Tetap: Hj Kamarulzaman Ahmad
MIB yang diluluskan penubuhannya oleh ROS pada 21 November 2018 telah diasaskan pada 12 Oktober 2014 yang terdiri daripada ahli-ahli IKRAM yang mempunyai motosikal berkuasa tinggi dan berminat untuk mengembara bersama-sama sambil beramal.