MyCARE Teruskan Usaha Bela Nasib Kanak-kanak Gaza

MyCARE Teruskan Usaha Bela Nasib Kanak-kanak Gaza | IKRAM

Hari Kanak-Kanak Sedunia diraikan untuk mengiktiraf dan menaikan kesedaran akan hak, suara, dan impian setiap kanak-kanak.

Namun, kenyataan pahit tetap wujud apabila jutaan kanak-kanak di seluruh dunia terus bergelut dengan ketakutan, kelaparan dan kekurangan akses kepada pendidikan serta keperluan asas seperti kesihatan.

Justeru, MyCARE tampil dengan komited untuk membantu kanak-kanak, khususnya mereka yang terperangkap dalam konflik seperti di Gaza, Syria, Yaman, Iraq dan di Malaysia.

Usaha ini bertujuan memberikan peluang kepada mereka untuk menjalani kehidupan yang lebih selamat, sihat dan bermaruah.

Sepanjang tahun ini, MyCARE telah berjaya menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada kanak-kanak yang memerlukan.

Bantuan pendidikan diberikan kepada kanak-kanak pelarian termasuk menyediakan peralatan pembelajaran, pakaian sekolah dan elaun kepada guru-guru yang terus berdedikasi meskipun berhadapan cabaran besar.

Selain itu, keperluan asas seperti makanan dan ubat-ubatan juga dihantar kepada kanak-kanak yang terjejas akibat peperangan dan bencana.

Di Gaza, musim sejuk yang melampau telah menambah beban kehidupan di kem pelarian. Ramai kanak-kanak terpaksa tidur di atas tanah tanpa tilam dan berlindung daripada kesejukan tanpa pakaian mencukupi.

Menyedari kesengsaraan ini, MyCARE bersama kerjasama SPANCH telah menyediakan 178 tilam dan 549 set pakaian kanak-kanak untuk diedarkan kepada mereka yang memerlukan. 

Bantuan ini disalurkan kepada kanak-kanak yang berada di kem MyCARE seperti Al-Sadaqa 1 dan 2, serta kepada mereka yang berlindung di Sekolah Al-Ezz Bin Abdul Salam di Kem Al-Nuseirat.

Menurut Pengurus MyCARE Gaza, Dr. Ziad Shehada, usaha mendapatkan bantuan ini penuh dengan cabaran dan risiko. Namun, beliau menekankan bahawa misi tersebut amat penting bagi membantu mereka yang hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Kanak-kanak di kem ini, yang sebahagian besarnya tidak pernah menerima pakaian baharu selama setahun, menunjukkan kegembiraan yang luar biasa apabila menerima bantuan tersebut.

Kedatangan kenderaan MyCARE turut disambut dengan senyuman dan keriangan oleh anak-anak di kem pelarian, walaupun di sebalik senyuman itu mereka masih mengharapkan lebih banyak bantuan dan perhatian.

Selain keperluan asas, pendidikan juga menjadi keutamaan MyCARE. Dengan kerjasama Econsave, usaha membina sekolah di kawasan konflik seperti di Syria, Yaman dan Gaza terus dilaksanakan bagi memastikan kanak-kanak di kawasan ini tidak ketinggalan dalam pendidikan. 

Pelbagai bentuk bantuan pendidikan turut diberikan seperti peralatan sekolah dan pakaian untuk pelajar. Bagi MyCARE, pendidikan merupakan kunci kepada harapan dan kestabilan masa depan kanak-kanak ini.

Dr. Ziad turut menyeru masyarakat Islam agar memberikan sokongan moral kepada penduduk Gaza dengan mengelakkan penyebaran video berkaitan makanan dan minuman di media sosial kerana perkara ini boleh menyebabkan kesedihan kepada mereka yang hanya mampu makan sekeping roti sehari.

Beliau menggambarkan situasi di Gaza sebagai amat mencabar di mana keluarganya sendiri terpaksa menggunakan tepung yang telah tamat tempoh untuk menghasilkan roti.

MyCARE terus menyeru masyarakat untuk berganding bahu dalam menyokong usaha-usaha kemanusiaan ini melalui sumbangan dan doa, demi memastikan kanak-kanak di kawasan konflik mendapat kehidupan yang lebih baik. 

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Bukan daripada kalangan kami, orang yang tidak menyayangi yang muda dan tidak menghormati yang tua”.

Usaha menyokong kanak-kanak ini adalah tanggungjawab bersama yang perlu diteruskan demi masa depan mereka.

Foto bantuan musim sejuk di Gaza: Winter Relief (MyCARE x SPANCH)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia