MyCARE sumbang pek ibadah kepada pelarian Rohingya

Di Bukit Jalil, sumbangan yang disalurkan berbentuk pek ibadah yang lengkap iaitu telekung, kain pelikat dan sejadah yang telah ditaja oleh NGO Rizq Ar Rahman (RAR) di mana sumbangan disampaikan oleh Cik Roha Hassan, Pengurus Kanan MyCARE. 

Di Sepang, satu lawatan dan penyerahan ringkas berjaya dilaksanakan di Depot Tahanan Imigresen KLIA di mana pek ibadah untuk lelaki seperti pelikat dan sejadah serta untuk perempuan seperti telekung & sejadah termasuk kitab al-Quran telah disampaikan oleh CEO MyCARE sendiri, Hj Ibrahim Mohamad kepada Timbalan Komandan Depot, Tuan Azizan Hamid.

 Tuan Azizan merakamkan penghargaan atas sumbangan tersebut kerana sumbangan berbentuk penjagaan peribadi dan kesihatan amatlah digalakkan.

    

Sumbangan di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil dan KLIA

MyCARE turut merakamkan penghargaan kepada NGO RAR, Persatuan Kemanusiaan Pelajar UTP, IKRAM Australia dan juga rakyat Malaysia yang telah menyumbang untuk Tabung Rohingya MyCARE yang memungkinkan perkhidmatan seperti ini diadakan.

“Terima kasih kepada Jabatan Imigresen Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri kerana membuka ruang untuk kami memberi bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya,” ujar MyCARE.

Untuk menderma untuk pelarian Rohingya melalui MyCARE, sila salurkan ke akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad (Maybank Islamic 5515 7500 4299). Maklumkan sumbangan anda beserta slip bayaran ke e-mel [email protected] atau WhatsApp / Telegram slip tersebut kepada 019-655 1948.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi wakil NICE, Saudara Amirul di talian 03-8941 2341 atau e-mel kepada [email protected] atau [email protected].

Sumber: FB NICE

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia