MyCARE Sasar Sedia 500 Pek Bantuan Bayi untuk Gaza

MyCARE Sasar Sedia 500 Pek Bantuan Bayi untuk Gaza | IKRAM

SHAH ALAM – Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) mensasar menyediakan 500 pek bantuan bayi yang mengandungi bekalan susu formula serta lampin pakai buang.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Dr Fauziah Mohd Hasan berkata, setiap pek bantuan berkenaan berharga RM750 justeru pihaknya mensasarkan sumbangan berjumlah RM375,000 bagi penyediaan 500 pek.

Beliau berkata, sebelum ini MyCARE berjaya mengumpul sumbangan berjumlah RM90,000 dan sudah diserahkan kepada agensi di Gaza bagi penyaluran bantuan terutamanya susu formula.

Katanya, MyCARE juga mengadakan kerjasama strategik dengan Klinik AJWA bagi mengumpul dana sebanyak RM100,000 khusus untuk bantuan pek bayi berkenaan.

“Kita diberitahu Israel memang menyekat beberapa barangan antaranya susu formula. Bila ada doktor dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bertugas di Gaza, mereka ini bawa susu formula tapi apabila sampai sempadan, ia dirampas.

“Justeru, kita tidak membawa susu formula ke sana bukan hanya kerana sekatan tetapi faktor lain antaranya kos pengangkutan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Kempen Musim Sejuk dan Baby Bags di Kompleks Seni Islam Antarabangsa di sini, pada Rabu, 31 Disember lalu.

Dalam pada itu, Dr Fauziah berkata, kempen musim sejuk diteruskan bagi meringankan krisis kemanusiaan di Gaza.

Katanya, ketika ini, MyCARE sedang menyusun lima buah trak bantuan kemanusiaan termasuk empat trak bantuan pek makanan serta satu trak bantuan selimut yang berjumlah RM600,000.

“Bantuan kemanusiaan ini bagi mengurangkan beban mereka yang sedang dilanda musim sejuk dan persediaan bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi,” katanya.

Untuk salurkan sumbangan, layari mycare.qrd.by/ajwa atau ke akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad (CIMB Islamic 8602 135 592).

Foto & Sumber: Berita Harian

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia