MyCARE salur sumbangan RM3.73 juta untuk Palestin, Syria, Iraq dan Myanmar

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Haji Ibrahim Mohamad, secara keseluruhan, sebanyak 9,736 bantuan sahur, 33,337 bantuan iftar, 12,911 bantuan pek makanan dan 3,707 hadiah hari raya telah berjaya disalurkan kepada lebih 90,000 individu bersamaan 20,000 keluarga di Palestin, Syria, Iraq dan Myanmar.

“Sebahagian daripada bantuan ini diuruskan oleh pejabat Aqsa Syarif di Gaza dan rakan kerjasama NGO manakala sebahagian lagi disampaikan sendiri oleh MyCARE melalui Misi Myanmar MyCARE dan Misi Return2Aqsa4 (R2A4).

 

Foto: Data agihan sumbangan MyCARE sempena Ramadan

“Keseluruhan bantuan Ramadan yang telah disampaikan pada tahun ini adalah sebanyak RM3,728,664.90,” jelas beliau dalam satu kenyataan media MyCARE pada Ahad lalu.

Ibrahim merakamkan jutaan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah menyumbang dan memberi kepercayaan kepada MyCARE untuk menguruskan sumbangan-sumbangan mereka.

“Tanpa sokongan, kepercayaan dan sumbangan anda, kami tidak akan mampu melaksanakan semua ini dengan jayanya,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), pasaraya Mydin, rakan-rakan NGO di Palestin, Syria, Lubnan, Jordan dan Myanmar serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kempen dan bantuan Ramadhan pada tahun ini.

“Semoga Allah SWT menerima amal kita dan semoga mereka yang menerima bantuan dapat meraikan Ramadhan dan Aidilfitri pada tahun ini dalam suasana penuh rahmah,” tambahnya lagi.

Berikut adalah perincian agihan sumbangan rakyat Malaysia sempena Ramadan melalui MyCARE:

1.    Palestin:

  • Bantuan Ramadan berupa sahur, iftar, pek makanan dan hadiah hari raya bernilai RM2,099,989 kepada rakyat Palestin di Gaza
  • Bantuan Ramadan berupa iftar, pek makanan dan hadiah hari raya bernilai RM354,818.90 kepada rakyat Palestin di kem-kem pelarian di Lubnan
  • Bantuan Ramadan berupa sahur dan iftar bernilai RM249,965 kepada rakyat Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis
  • Bantuan Ramadan berupa pek makanan dan hadiah hari raya bernilai RM229,800 kepada rakyat Palestin di Kem Yarmouk, Syria

2.    Syria:

  • Bantuan Ramadan berupa iftar, pek makanan dan hadiah hari raya bernilai RM210,278 kepada rakyat Syria di kem-kem pelarian di Lubnan
  • Bantuan Ramadan berupa iftar bernilai RM343,287 kepada rakyat Syria di kem-kem pelarian di Jordan dan Syria

3.    Iraq:

  • Bantuan Ramadan berupa pek makanan bernilai RM25,000 kepada pelarian Iraq

4.    Myanmar:

  • Bantuan Ramadan berupa iftar bernilai RM100,000 kepada komuniti muslim dan komuniti Rohingya di Myanmar

5.    Rohingya di Malaysia:

  • Bantuan Ramadan berupa pek makanan dan peralatan solat bernilai RM111,527 kepada komuniti Rohingya di beberapa tempat dalam negara.

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) adalah pertubuhan bukan kerajaan yang memberi tumpuan kepada aktiviti bantuan kemanusiaan di dalam dan luar negara, mempunyai enam agensi iaitu Aqsa Syarif, i4Syria, Salam Iraq, Nusantara Care (NICE), Rose2Rose (R2R) dan Palestine Centre of Excellence (PACE) dengan tema ‘Nurturing Humanity, Making a Difference‘.

Sumber: http://on.fb.me/1OlpGOX
Laman rasmi MyCARE: http://www.mycare.org.my/

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia