MyCARE rancang misi kemanusiaan pertama ke Iraq

“Pihak kami sudah merancang untuk menghantar misi ke Iraq sejak tahun lalu, namun baru kini hasrat ini dapat kami realisasikan,” jelas Dr Mohd Tahir Abdul Rahman, Ahli Pemegang Amanah MyCARE dalam sidang media pelancaran kempen Winter Relief 2016 di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri semalam.

Menurut beliau, misi ini sangat penting untuk meninjau keadaan dan keperluan Internally Displaced People (IDP) di Iraq yang kini sudah mencecah angkan 3.1 juta orang. Misi ini dijadualkan menyampaikan bantuan musim sejuk secara terus ke tiga kem pelarian (IDP) di dua buah wilayah autonomi Kurdistan di utara Iraq iaitu Kem Khazir, Debka dan Al-Jud’ah.

Bakal disertai oleh empat aktivis kemanusiaan MyCARE dan dua krew media yang diketuai Dr Tahir sendiri, bantuan berjumlah RM450,000 bakal disalurkan kepada 1,000 buah keluarga yang terdiri daripada pelarian Syria di Iraq selain pelarian Iraq sendiri.

    

Dr Fauziah, Dr Tahir dan sumbangan untuk MyCARE

Kempen Winter Relief 2016 yang berlangsung hingga 15 Januari 2017 mensasarkan bantuan musim sejuk berjumlah RM2 juta yang akan diagihkan kepada kira-kira 15,000 orang rakyat Palestin di Gaza, pelarian Syria, pelarian Iraq dan Yaman. Pakej bantuan ini berupa alat pemanas, pakaian dan makanan.

Ahli Lembaga Pengarah MyCARE, yang juga ahli misi Women’s Boat to Gaza (WBG), Dr Fauziah Mohd Hasan turut berkongsi pengalamannya bersama pelarian dalam satu misi kemanusiaan di mana derita mereka ini bertambah kerana barang-barang persediaan musim sejuk tidak mencukupi dan suhu sejuk yang melampau telah menyebabkan kematian saban tahun.

Dalam sidang media itu juga, MyCARE turut menerima sumbangan bernilai RM50,000 daripada Dato’ Dr. Abd. Wahab Ghani, Pengarah Perubatan KPJ Ampang Puteri mewakili 60 orang pakar konsultan hospital tersebut.

“Nilai bantuan ini adalah kecil berbanding dengan bantuan-bantuan yang disampaikan oleh rakyat Malaysia melalui MyCARE. Insya-Allah, kami berazam untuk menyemarakkan lagi isu-isu kemanusiaan khasnya kempen Winter Relief di kalangan pekerja-pekerja Hospital KPJ Ampang Puteri,” ujar beliau.

Bagi yang ingin menyumbang untuk kempen Winter Relief 2016, hulurkan sumbangan anda sekarang atas nama HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD:

  • Maybank Islamic: 551575-004299
  • Bank Islam: 1209-20100-34904
  • CIMB: 8602-135-592

E-melkan slip/bukti sumbangan ke [email protected] atau Whatsapp/Telegram ke 019-655 1948. Maklumat lanjut boleh didapati di: http://bit.ly/WinterRelief2016

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia