Sahut rayuan barisan hadapan

SERI KEMBANGAN – Awal Ogos lalu, MyCARE telah menghantar empat unit alat bantuan oksigen sumbangan pelajar-pelajar dari Z&SR Architectural Ventures SB, makanan kering yang disumbangkan oleh Torku Malaysia dan pensanitasi ke Hospital Ampang dan Hospital Serdang.

 

Sumbangan ini bagi menyahut rayuan barisan hadapan yang bertungkus lumus membantu dan merawat pesakit-pesakit Covid-19 dengan pelbagai kekurangan peralatan di hospital-hospital awam.

 

MyCARE sebelum ini telah memberikan tiga unit portable Multi-parameter Patient Monitors berharga hampir RM10,000 setiap satu dan 10 drip stands sebagai bantuan permulaan dan segera ke Hospital Ampang, Hospital Serdang dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (PPUKM).

 

“MyCARE turut menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bersama dalam Tabung Bangkit Covid-19 untuk membantu barisan hadapan dan rakyat Malaysia yang terkesan. Bantuan ini merangkumi dari aspek peralatan, pendidikan, makanan dan lain-lain.”

 

Justeru, rakyat Malaysia yang prihatin boleh menyalurkan sumbangan ke https://mycare.qrd.by/covid.

 

Dalam perkembangan lain, MyCARE turut melaksanakan Hari Kesihatan Percuma yang menawarkan pelbagai khidmat percuma untuk golongan memerlukan di Gaza dengan kerjasama Tayba Charitable Medical Centre.

 

Antara khidmat percuma yang ditawarkan ialah pemeriksaan kesihatan, ubat-ubatan dan ujian makmal.

 

Seramai 10 doktor pakar terlibat daripada bahagian telinga hidung dan tekak (ENT), pediatrik, obstetrik dan ginekologi (O&G), pergigian, dermatologi, urologi, oftalmologi, pembedahan dan khatan, neurosurgeri, perubatan umum dan makmal.

 

Program ini telah menyantuni 1,150 orang di Beach Refugee Camp, antara kem termiskin di Gaza. Selain itu, bayi seawal 11 hari juga mendapat khidmat percuma ini.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia