MyCARE Charity Dinner 2015 fokus bantuan pendidikan kanak-kanak

Membawa tema “Nurturing Humanity, Making a Difference”, makan malam amal ini bertujuan mencari dana bagi meneruskan projek-projek sedia ada dan baru di Gaza, pembinaan semula sekolah-sekolah anak yatim di Gaza, pembiayaaan bantuan pendidikan untuk kanak-kanak Rohingya di sekitar Selangor, kem pelarian Syria di Jordan dan madrasah di Vietnam.

   

Pengerusi majlis, Fadzli UNIC dan forum Bicara Hati

Forum Bicara Hati “Aku Juga Seorang Manusia” dikendalikan oleh Tuan Muhd Taufik Tuan Hussin menampilkan panelis Timbalan Presiden MERCY Malaysia,  Dr Heng Aik Cheng, pendakwah bebas Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil, aktivis muda Bro Aiman Zin dan penampilan khas seorang wanita Gaza, Sister Alaq yang berkongsi pengalaman ketika zionis menyerang Gaza pada 2014.

Isu yang dikupas adalah mengenai kerja-kerja kesukarelawanan rakyat Malaysia seluruh dunia, keperluan generasi muda melibatkan diri sebagai sukarelawan kemanusiaan dan betapa mulianya membantu golongan yang memerlukan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

   

Persembahan Faizal Tahir, bacaan puisi dan flashmob

Persembahan artis terkenal tanahair, Faizal Tahir menceriakan lagi makan malam amal dengan menyanyikan dua buah lagu iaitu Assalamualaikum dan Sampai Syurga dan majlis juga diserikan dengan persembahan puisi oleh kanak-kanak Palestin dan Rohingya serta persembahan flashmob.

Turut hadir sama Naib Presiden IKRAM, Haji Shahrul Aman Mohd Saari, Bendahari Prof Dr Hj Mohd Alauddin Mohd Ali, Ketua Wanita Datin Paduka Che Asmah Ibrahim, Pengerusi MyCARE Prof. Dr. Hafidzi Mohd Noor dan Penasihat Rose2Rose Dr Fauziah Mohd Hassan serta para Ahli Lembaga Pemegang Amanah (BoT) MyCARE.

Pengarah Program, Hajah Mas Ahmah Jonid melahirkan rasa syukur atas kejayaan berlangsungnya majlis amal ini serta mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah memberikan kerjasama menjayakan dan menyumbang untuk dana pendidikan kanak-kanak melalui MyCARE.

Lagi foto majlis:
1. http://on.fb.me/1MQ1uqW
2. http://on.fb.me/1JsMc4v
3. http://on.fb.me/1Jwz8PK
4. http://on.fb.me/1ESnNUN

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia