MyCARE anjur kempen Bulan Anak Yatim

Sebagaimana tahun lalu, masyarakat Malaysia akan diberikan peluang untuk menaja dan menyantuni anak-anak yatim Palestin, Syria, Iraq, Rohingya dan Filipina yang berada di bawah kelolaan MyCARE.

Aktiviti-aktiviti yang lebih menarik yang dirancang akan diadakan antaranya Educational Trip with Orphans @ PetroSains, kempen Warkah Buat Anakku, program bersama anak yatim Filipina, majlis meraikan penaja di Sarawak (Sibu) dan Johor serta dana penajaan #Orange4orphans.

Sebagaimana dalam al-Quran, perkataan ‘yatim’ telah disebut sebanyak 23 kali dan pengunaan perkataan yatim merujuk kepada kemiskinan dan kepapaan.

Ini bermakna, mereka yang berada dalam golongan yatim (anak yatim) memerlukan perhatian dan pembelaan bagi membantu kehidupan mereka agar lebih selesa dan sempurna seperti kanak-kanak yang mempunyai ibu dan ayah.

Jangan lepaskan peluang untuk turut serta menjayakan kempen Bulan Anak Yatim MyCARE agar dapat sama-sama membantu anak-anak yatim ini.

Sebarang sumbangan untuk tujuan kempen ini, boleh disalurkan melalui mana-mana akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad berikut:

Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Bank Islam: 1209 2010 0349 04
CIMB: 8602 135 592
JomPay: Biller code- 6197

Sila hantar bukti pembayaran kepada MyCARE melalui e-mel [email protected] atau Whatsapp 013-7444760. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn Raimi Sayuti atau Pn Norlela Hussin di talian 03-89412341 / 013-7444760.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia