Shahrul Aman (gambar) menyampaikan amanat buat wakil belia. Menurutnya, golongan belia perlu jadi golongan pendesak yg berada di saf paling hadapan dalam menegakkan kebenaran dan keadilan. Beliau memetik surah Fussilat ayat 30 tentang kepentingan beriman dan istiqamah untuk para belia dan berita gembira berupa syurga. Menurutnya, belia menjadi harapan untuk memimpin saf pemuda dan juga massa serta mempunyai semangat yang kuat untuk melakukan perkara yang lebih besar dan perubahan positif di kalangan masyarakat. Sebelum pembentangan, beliau turut menyorot statistik taburan belia di Selangor supaya setiap belia IKRAM daerah bersedia memberi perhatian untuk mengadakan pelbagai aktiviti untuk mendekati golongan belia.
Sebahagian wakil belia IKRAM Daerah yang hadir |
Sembilan IKRAM Daerah yang menghantar wakil-wakil belia ke muzakarah ini adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, Sepang, Gombak dan Hulu Selangor. Beberapa resolusi berjaya dicapai hasil perbincangan yang dikendalikan Ahmad Fauwaz Mohamad, Ketua Belia IKRAM Selangor. Resolusi tersebut ialah menggabungkan beberapa Belia IKRAM daerah mengikut zon untuk aktiviti bulanan, mengadakan satu karnival sukan belia peringkat Selangor, memperkasakan program Keindahan Bersamamu (KBM) untuk belia dan perkongsian pendekatan dakwah untuk belia.