Muzakarah Aulad Nasional bincang Modul IKRAM Junior

Agenda muzakarah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Muzakarah, Ustazah Rozita dan diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Timbalan Ketua Wanita IKRAM Pusat, Datin Paduka Hjh Che Asmah Ibrahim. Para peserta kemudiannya dihiburkan dengan persembahan oleh anak-anak IKRAM Junior daerah Batu (Wilayah Persekutuan) dengan dendangan nasyid dan bacaan Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 5.

Selesai rehat minum pagi, Ustazah Faridah Hanim menyampaikan tazkirah bertajuk ‘Bicara Sang Semut’ yang mengingatkan sifat-sifat semut yang wajar diteladani oleh semua penggerak IKRAM Junior. Sesi diteruskan dengan pembentangan Halatuju Jawatankuasa Pembangunan IKRAM Junior oleh Pengerusinya, Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh.

Sesi petang disambung dengan pembentangan Modul i-Q IKRAM Junior oleh Ukht Siti Alawiah Sahri. Setiap wakil negeri dan daerah dibekalkan satu salinan draf awal modul ini. Sebagai pemecah air batu (ice-breaking), permainan Semut Hitam bertemu Semut Merah dikendalikan oleh Ukht Anfaal Saari.

Sesi bengkel seterusnya diadakan bagi membincangkan jenama Modul IKRAM Junior dan tambahan satu modul bagi setiap kumpulan,  Modul Keibubapaan, isu berkaitan penggubalan Dasar Kanak-kanak Negara dan penonjolan tokoh berkaitan isu kanak-kanak.

Hasil daripada sesi bengkel, sebuah resolusi dicapai dan menuntut kerjasama dan sokongan semua penggerak IKRAM Junior. Majlis ditangguhkan dengan ucapan doa dan penutup majlis pada jam 5.20 petang.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia