Timbalan Presiden IKRAM anggotai Musyawarah Demokrasi Malaysia

SERI KEMBANGAN – Timbalan Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin menganggotai kumpulan Better Malaysia Assembly atau Musyawarah Demokrasi Malaysia bersama 54 orang tokoh masyarakat, bekas pemimpin dan tokoh korporat yang lain.

 

Mereka membentuk kumpulan tersebut untuk berbincang, berbahas dan mengemukakan idea-idea dan syor ke arah Malaysia yang lebih baik pada masa hadapan.

 

Menurut Tan Sri Mohamed Nazir Tun Razak yang turut berada dalam kumpulan tersebut, cadangan pembentukan kumpulan ini serta nama-nama mereka yang bersetuju untuk mengambil bahagian telah pun dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah pada 28 Oktober lalu.

 

Kata beliau, mereka juga memohon izin perkenan untuk bernaung di bawah Majlis Raja-Raja Melayu dan kumpulan ini adalah bebas daripada mana-mana fahaman politik dan parti politik.

 

Kumpulan ini akan berkolaborasi secara musyawarah selama dua tahun akan membentangkan syor atau cadangan tentang bagaimana demokrasi, institusi dan ekonomi negara kita harus berfungsi dengan lebih baik dan berkesan.

 

Antaranya termasuklah isu tentang sistem pilihan raya Malaysia, dana politik, hubungan antara persekutuan dan negeri, peranan institusi-institusi utama negara, tindakan afirmatif dan masa depan sistem pendidikan.

 

Kumpulan Musyawarah Demokrasi Malaysia dianggotai oleh rakyat biasa yang prihatin, mereka yang telah dan pernah berkhidmat di sektor awam dan swasta, aktivis pertubuhan bukan kerajaan, organisasi kebangsaan, pemikir, ahli akademik, pembuat dasar, pelopor dan perintis dalam pelbagai sektor serta bidang, ekonomis, saintis, pengamal media, bekas pemimpin negara dan ramai lagi dengan latar belakang yang pelbagai.

 

Jelas Nazir, kumpulan ini juga akan berbincang dan mengemukakan pandangan mengenai bagaimana untuk melakukan penambahbaikan ke atas polisi-polisi tertentu yang telah diguna pakai oleh negara ini sejak merdeka hingga sekarang.

 

Mereka juga berhasrat untuk mencari titik-titik persamaan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang majmuk yang boleh diterokai bersama demi masa depan Malaysia yang lebih baik, makmur dan aman.

 

Berikut adalah senarai mereka yang akan menyertai kumpulan ini:

  1. Tan Sri Abdul Ghani Othman, bekas Menteri Besar Johor
  1. Profesor Emeritus Datuk Dr. Abdul Rahman Embong, bekas Fellow IKMAS, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  1. Tan Sri Abu Zahar Ujang, Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
  1. Profesor Datuk Dr. Adeeba Kamarulzaman, University Malaya (UM)
  1. Afzal Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif Time Dotcom
  1. Datuk Ambiga Sreenevasan, bekas Pengerusi Bersih 2.0
  1. Tan Sri Andrew Sheng, Pengerusi George Town Institute of Open and Advanced Studies
  1. Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff, bekas Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI)
  1. Tun Arshad Ayub, bekas Pengarah Institut Teknologi Mara (UiTM)
  1. Brigedier Jeneral (B) Datuk Mohd Arshad Mohd Raji, Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT)
  1. Tan Sri Azman Mokhtar, bekas Pengarah Urusan Khazanah Nasional
  1. Badlishah Sham Baharin, Timbalan Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia
  1. Ng Choo Seong, Setiausaha Agung Persatuan Pegawai-Pegawai Perbankan Malaysia
  1. Christopher Leong, Rakan Kongsi Chooi & Company + Cheang & Ariff
  1. Datuk Seri Wong Chun Wai, bekas Ketua Pegawai Eksekutif The Star
  1. Tan Sri Effendi Norwawi, bekas Menteri Persekutuan
  1. Muhammad Faisal Abdul Aziz, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia
  1. Tan Sri Hamid Bugo, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak
  1. Tun Mohammed Hanif Omar, bekas Ketua Polis Negara
  1. Harith Iskander, pelakon dan pelawak
  1. Datuk Dr. Hartini Zainuddin, Pengasas Bersama Yayasan Chow Kit
  1. Datuk Seri Panglima Haji Hashim Paijan, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
  1. Datuk Hussamuddin Yaacub, Penerbit dan Pengarah Urusan Sinar Karangkraf
  1. Ibrahim Suffian, Pengasas Bersama Merdeka Centre
  1. Datuk Seri Idris Jala, bekas Menteri Persekutuan
  1. Joseph Solomon, Setiausaha Agung National Union of Bank Employees
  1. Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood, Pengarah Eksekutif Sunway Centre for Planetary Health
  1. Tan Sri Johan Jaaffar, bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan
  1. Tan Sri Dr. Kamal Salih, bekas Pengerusi MIER
  1. Tan Sri Kamaluddin Abdullah Badawi, Timbalan Pengerusi Eksekutif ENRA Group
  1. Dr. Kamilin Jamilin, ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan & Perlis
  1. Datuk Tong Kooi Ong, Pengerusi The Edge Media Group
  1. Lilianne Fan, Pengasas Bersama Geutanyoe Foundation
  1. Dr. Munirah Syed Hussein Alatas, Pensyarah Kanan UKM
  1. Tun Musa Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia
  1. Nadhir Ashafiq, Pengasas TheLorry.com
  1. Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi Ikhlas Capital
  1. Datuk Dr. Nungsari Ahmad Radhi, Ekonomis
  1. Nur Qyira Yusri, Pengasas Bersama UNDI 18
  1. Datuk Ruben Gnanalingam, Ketua Pegawai Eksekutif Westports
  1. Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman, bekas Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)
  1. Tan Sri Sheriff Kassim, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan
  1. Chow Sing Yau, Pengerusi Chinese Research Centre
  1. Tan Sri Sufri Mohd Zin, Presiden Master Builders Association
  1. Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob, Pengerusi MIER
  1. Dr. Khor Swee Kheng, Fellow Bersekutu Chatham House
  1. Tawfik Tun Dr. Ismail, Pengasas Malaysia First
  1. Tan Tai Kim, Pengerusi United Chinese School Committees’ Association of Malaysia (Dong Zong)
  1. Datuk Tan Tew Sing, Presiden Malaysia-China Chamber of Commerce
  1. Tharma Pillai, Pengasas Bersama UNDI 18
  1. Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia
  1. Tricia Yeoh, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS
  1. Vinesh Sinha, Ketua Pegawai Eksekutif FatHopes Energy
  1. Datuk Amar Wilson Baya Dandot, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak
  1. Tan Sri Yong Poh Kon, Pengerusi Royal Selangor

 

Sumber: Sinar Harian

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia