Musim Haji Terbesar Era Covid-19 Selesai

MAKKAH – Sebilangan besar jemaah, khususnya jemaah dalam negeri sudah mula melakukan Tawaf al-Wida’ sebelum meninggalkan Makkah pada Isnin malam, 11 Julai selepas menyempurnakan ibadah haji. 

Pihak berkuasa Arab Saudi mengumumkan bahawa 50 peratus jemaah sudah meninggalkan Mina pada Isnin selepas selesai melaksanakan ibadah haji.

“Manakala jemaah-jemaah lain akan menetap satu hari lagi di Mina dan bakal pulang pada Selasa (12 Julai) selepas menyelesaikan ibadah melontar jamrah.”

Sebelumnya, Pejabat Penjaga Hal Ehwal Dua Masjid Suci sudah menyiapkan sistem perkhidmatan bersepadu untuk memudahkan pelaksanaan ibadah tawaf.

Sebagaimana dilaporkan Ketua Pejabat, Sheikh Abdul Rahman al-Sudais yang mengarahkan para pegawainya termasuk 500 pekerja untuk mengurus dan mengaturkan jemaah dengan kerjasama penguasa keselamatan di perkarangan Masjidil Haram. 

Jemaah mula melakukan ibadah melontar jamrah pada Isnin petang dalam keadaan teratur dan secara aman. Walaupun haji berakhir secara rasmi pada Selasa (12 Julai) iaitu hari ketiga Tasyrik, jemaah dibenarkan pulang awal sehari pada Isnin.

Jemaah kelihatan gembira setelah menyempurnakan ibadah haji mereka. Sesetengah jemaah turut meluahkan rasa syukur kerana mendapat peluang unik dan rahmat Allah untuk menjadi tetamu-Nya kali ini. 

Sebilangan besar jemaah haji memuji usaha luar biasa kerajaan Arab Saudi, Kementerian Haji dan Umrah serta semua agensi terlibat dalam menyediakan khidmat agar mereka dapat menunaikan ibadah dengan mudah dan selesa. 

Dalam pada itu, Arab Saudi mengumumkan kejayaan penganjuran musim haji 1443 Hijrah tanpa merekodkan sebarang insiden atau penularan Covid-19 dalam kalangan jemaah haji.

“Kejayaan ini hasil kerjasama erat antara pasukan keselamatan, kesihatan dan lain-lain sepanjang musim haji kali ini.”

“Dengan izin Allah, hasil perancangan yang teliti dan kerjasama semua pihak yang terlibat saya dengan ini mengumumkan kejayaan penganjuran musim haji 1443 Hijrah,” kata Gabenor Makkah, Putera Khalid Al-Faisal sebagaimana yang dilaporkan Agensi Berita Arab Saudi (SPA) pada Isnin.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman dan Putera Mahkota Muhammad bin Salman yang telah menyediakan kemudahan infrastruktur serta petugas haji, keselamatan dan kesihatan demi keselesaan jemaah.

Arab Saudi menyediakan 279,628 kakitangan terdiri daripada petugas haji, anggota keselamatan dan kesihatan untuk berkhidmat kepada hampir satu juta jemaah haji tahun ini.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia