Murabbi IKRAM-MUSLEH Merangsang Minda, Merubah Dunia

 

بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن تبع هداه وبعد

 

Guru-guru dan murabbi, tuan-puan yang dikasihi,

Kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi azza wajalla di atas limpahan rahmah, hidayah dan taufiq-Nya kepada kita semua sehingga kini. Kita amat bersyukur kepada Allah swt dan mendoakan moga-moga perjalanan Majlis ini diberkati-Nya – amiin.

Sesungguhnya kita juga amat bersyukur kepada Allah swt kerana usaha mujahadah kita dalam melaksanakan dakwah melalui pendidikan telah pun mendapat sambutan yang amat baik semenjak akhir-akhir ini. Pelbagai pihak telah menyuarakan rasa gembira dan kagum mereka terhadap komitmen dan cara kerja profesionalisme yang telah ditunjukkan oleh para penggerak IKRAM-MUSLEH dan SRI-SMI – khususnya para murabbi dan juga staf bukan akademik – dalam usaha memperkasa pendidikan Islam sejak sekian lama.

Kini, berkat usaha dan doa semua pihak, pendidikan Islam sudah mendapat tempat dalam masyarakat dan negara. IKRAM-MUSLEH dan SRI-SMI kini, telah diberi kepercayaan dan diletakkan pengharapan tinggi, untuk menerajui pendidikan Islam bersama-sama dengan sahabat-sahabat, rakan-rakan dan para pendokong sistem pendidikan Islam di semua peringkat. SRI-SMI kita di seluruh negara kini menjadi pilihan dan hampir kesemuanya over-subscribed, permintaan melebihi tempat yang kita boleh sediakan.

Sesungguhnya pencapaian ini semuanya adalah rahmat dan taufiq Allah swt semata-mata.

Hakikatnya, kita sekadar berusaha sedaya upaya dan mendoakan moga-moga Allah swt meredhai segala amalan kita, memberatkan timbangan hasanat kita di Yaumul Hisab dan melayakkan kita menjadi ahli jannatul firdaus bersama-sama para anbiya’, siddiqun, syuhada’ was solihun – amiin ya rabb.

 

Guru-guru dan murabbi, tuan-puan yang dikasihi,

Manusia adalah makhluk yang istimewa kerana kita dikurniakan minda, akal dan fikiran.

Dengan otak pemberian Allah ini, kita mampu mengingat pelbagai benda, memikirkan segala sesuatu bahkan membuahkan pelbagai idea, ciptaan dan rekabentuk. Dengan akal ini juga kita berupaya menanggapi permasalahan yang rumit dalam alam pekerjaan dan kehidupan seharian kita..

Dengan akal ini juga, kita menjadi manusia yang bertanggungjawab. Dalam Islam, orang yang tidak berakal adalah bukan mukallaf yakni bukan orang yang dipertanggungjawabkan; bukan orang yang boleh diberi tugas dan tuntutan agama. Seseorang yang tidak ‘aqil, samada kerana masih kecil atau kerana hilang aqal, tidak dituntut melaksanakan kewajipan agama.

 

Guru-guru dan murabbi, tuan-puan yang dikasihi,

Minda dan akal yang cerdas amat penting. Oleh kerana itulah al-Quran memberi penekanan kepada minda yang sihat bagi kita berfikir, bertaddabur.

Di dalam banyak ayat, Allah menyebutkan frasa berkaitan dengan kelebihan berfikir dan menggunakan minda, misalnya “la’allakum tatafakkarun”, “liqaumin yatafakkarun”, “afala ta’qilun”, “ulul albaab”, “ulul absoor” dan seumpamanya.

Minda hebat Rasulullah dan para sahabatlah yang telah membuka medan dakwah dengan proaktif, mematahkan serangan musuh dengan kreatif dan membolehkan sinar Islam memancar ke segenap jazirah Arab.

Minda yang cemerlang sebeginilah yang telah melahirkan ulama-ulama yang tersohor dalam pelbagai bidang ilmu, deeniyah, seni, kesusasteraan dan saintifik. Ilmu yang mereka kembangkan telah merubah dunia.

Minda yang cerdas seperti inilah yang membolehkan pemimpin ummah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai khalifah Allah di muka bumi.

Lihat sahaja bagaimana hebatnya Sultan Muhammad Al-Fatih mengatur serangan ke atas Konstantinople pada tahun 1453 dengan memanfaatkan ilmu ketenteraan yang tinggi, kepakaran teknologi yang canggih dan pemikiran strategi yang hebat mendahului masanya.

 

Guru-guru dan murabbi, tuan-puan yang dikasihi,

Kita sedang menelusuri jejak langkah mereka pelopor dakwah, pembina tamadun, anasir yang merubah dunia.. Persediaaan untuk pembinaan semula tamadun ini menuntut kita melaksanakan beberapa tanggungjawab utama. Salah satu daripadanya ialah melipatgandakan usaha-usaha ke arah membangun kader-kader dakwah dan perjuangan seramai-ramainya terutamanya daripada kalangan generasi muda.

Umat memerlukan generasi muda yang bukan sahaja mantap iman, ilmu dan ketrampilan, tetapi juga hebat minda dan cerdas akalnya. Selaras dengan itu, sistem pendidikan kita juga menekankan pembinaan akal dan minda cemerlang. Oleh itu, adalah amat perlu bagi murabbi meningkatkan kemampuan dan keupayaan untuk merangsang minda anak didik kerana mereka ini perlu berperanan merubah dunia..

Mengikut kajian sains, otak bukan merupakan sekadar satu objek tetapi satu proses yang berterusan dan aktif. Walaupun terdapat proses otak banyak yang berjalan pada automatik, terdapat juga proses yang sangat dipengaruhi oleh pengalaman dan rangsangan. Rangsangan, pemikiran dan pengalaman akan mewujudkan laluan saraf baru di dalam otak.

Oleh itu, adalah wajar bagi murabbi merangsang minda pelajar bagi membolehkan pelajar-pelajar kita muncul dengan minda yang hebat bagi memberi sumbangan kepada ummah melalui idea-idea kreatif dan pelaksanaan langkah strategik mereka.

 

Guru-guru dan murabbi, tuan-puan yang dikasihi,

Bagaimanakah kita meningkatkan kemampuan kita? Bagaimana kita menjadi murabbi yang merangsang minda?

Pertama, kita sendiri perlu melatih diri untuk menjadi individu yang menggunakan sebaik mungkin minda kita. Kita perlu melatih diri untuk sentiasa bertanya, tidak menjadi pengikut secara taklid membuta.

Seperti Firman Allah swt bermaksud:

“Jangan kamu mengikut sesuatu yang kamu tiada ilmu/pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya akan ditanyai (pertanggungjawabkan)”. (al-Isra’:36)

“Katakanlah inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku menyeru kepada Allah di atas hujjah yang nyata…” (Yusuf:108)

Kita perlu memastikan jalan hidup kita disuluh dengan ilmu, hujah dan dalil, bukan sekadar emosi, ikut-ikutan dan taklid.

Kedua, kita perlu melatih mereka untuk melakukan sesuatu dengan kefahaman, hujah, bukti dan fakta, bukan menelan bulat-bulat apa sahaja yang dibawa oleh murabbi dan guru. Sesungguhnya, di antara kerosakan umat ini ialah apabila mereka meletakkan keyakinan ke atas peribadi syeikh, ustaz, mahaguru atau pemimpin mereka, bukan berdasarkan hujah dan dalil yang dikemukakan. Kita juga perlu menggalakkan pelajar bertanya. Jangan sekat minda mereka dari menimbulkan persoalan-persoalan yang sihat.

Ketiga, semarakkan aktiviti perbincangan dan perbahasan di kalangan pelajar dan guru-guru. Sehubungan dengan ini, penyertaaan pelajar dalam aktiviti debat, kuiz, uji-minda, spell-it-right dan seumpamanya perlu dipergiatkan, baik di peringkat sekolah mahupun di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

 

Semoga akan lahir generasi soleh wa musleh yang mampu menjadi pemimpin yang menjadi ejen perubahan ummah dan dunia.

Moga-moga Allah swt memberkati dan meredhai amal soleh ini dan mengurniakan rahmat-Nya ke atas para murabbi IKRAM-MUSLEH.

Selamat Menyambut Hari Murabbi IKRAM-MUSLEH 2014.

 

Profesor Dr Omar bin Yaakob

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia