Muktamar ulama tentang normalisasi politik dengan Israel

Perkara demikian ditegaskan dalam resolusi Muktamar Ulama Ummah untuk Menentang Normalisasi dengan Entiti Zionis baru-baru ini yang turut dihadiri wakil Ulama IKRAM, Ustaz Syazalie Hirman Ahmad Najib.

Muktamar tersebut turut menekankan keperluan untuk menentang normalisasi itu dan menegaskan kepada masyarakat, badan-badan politik dan rasmi bahawa Israel merupakan ‘musuh yang menjajah’.

“Segala bentuk normalisasi dengan entiti Zionis adalah haram secara syaraknya dan satu jenayah kejam, sama ada normalisasi ekonomi, media, kebudayaan, sukan atau sosial,” tegas Syeikh Raed Hlayhel, Ketua Persatuan Ulama Lubnan yang membacakan resolusi tersebut.

Tambahnya, apa-apa sokongan ke arah normalisasi dengan musuh yang menjajah adalah tidak sah dari segi syarak.

  

Ustaz Syazalie (tiga dari kiri) semasa muktamar dan pembacaan resolusi muktamar

“Normalisasi dengan entiti Zionis bertentangan dengan sifat kesetiaan kepada orang-orang beriman dan kewajipan membantu mereka, berlepas diri daripada penceroboh, tidak menukar ganti kasih sayang mereka, dan orang Islam telah dihalau daripada rumah dan tempat suci mereka.”

Muktamar itu juga memberi amaran penentangan terhadap pengecualian mana-mana bahagian dalam Palestin, dan tiada siapa mempunyai hak untuk mengecualikannya dengan apa alasan sekali pun.

Para ulama yang bermuktamar turut melarang pelaksanaan sebarang perjanjian, persefahaman politik antara negara Arab dan negara-negara Islam lain dengan Israel.

Turut menyertai muktamar tersebut ialah Kesatuan Ulama Sedunia, Rabitah Ulama Muslimin, Persatuan Ulama Palestin Luar Negara, Persatuan Ulama Sudan dan persatuan-persatuan ulama dari Syria, Libya, Iraq, Maghribi, Mauritania serta wakil negara-negara Islam lain termasuk Malaysia.

Sumber: Arabi21
Resolusi penuh: http://palscholars.com/post/5592

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia