SERI KEMBANGAN – Mukhayyam Mas’ul IKRAM Nasional (MUKMIN ’26) buat julung kali diadakan pada 1-2 Mei lalu, yang disertai seramai 152 peserta dari seluruh negara, bagi memperkukuh strategi dakwah akar umbi dan santunan masyarakat.
Program dua hari anjuran Jawatankuasa Pemacuan Dakwah Akar Umbi (DAU) Pusat ini mendapat sambutan yang amat baik, termasuk komitmen dan semangat yang tinggi ditunjukkan oleh para petugas DAU di negeri dan kawasan melalui kehadiran dan partisipasi dalam slot serta aktiviti dijalankan.
Selain Jawatankuasa Pemacuan DAU Negeri dan Kawasan, penyertaan program ini turut melibatkan semua Yang Dipertua IKRAM Negeri dan Kawasan bagi meningkatkan kapasiiti dalam pengurusan organisasi yang efisien, serta pembangunan tarbiah dan pembinaan modal insan.

Untuk memberi gambaran dan hala tuju yang jelas, Pengerusi JK Pemacuan DAU, Khairul Anuar Kamaruddin berkata, DAU ialah “medan daratan” untuk memenangi hati rabtul am di peringkat asal-usul, melalui hubungan manusiawi yang berterusan.
Beliau menegaskan bahawa DAU ini ialah kerja “menyambil” yang semua dai mampu melakukannya meskipun berbeza latar dan kedudukan.

Menariknya, sesi “Showcase Program Flagship DAU bersama IKRAMTeens” mengetengahkan produk mereka seperti 7 Modul Emas berserta pelbagai sokongan program remaja khusus untuk pelajar menengah atas. Selain itu, IMPAK, satu inisiatif menangani isu kecicirian pelajaran anak melalui pemerkasaan peranan ibu bapa di rumah, sangat bagus untuk dijalankan di komuniti.
Melalui program ini, semua petugas DAU perlu mempersiapkan diri dalam mengemudi serta membuat perancangan yang mampan di kawasan gerak kerja masing-masing agar aktiviti dakwah dan pendidikan masyarakat dapat dilaksana dan disebarluaskan.

Semoga MUKMIN ’26 mencapai objektifnya dan menjadi wahana pemantapan dakwah akar umbi dan pengurusan organisasi bagi semua penggeraknya di seluruh negara, insya-Allah.




