Mampukah anak muda merubah landskap PRN Johor?

Tinggal beberapa hari lagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bakal berlangsung. Calon-calon pelbagai parti juga semakin rancak rancak berkempen dan mendekati para pengundi di serata negeri dengan pelbagai cara.

 

Dengan pertandingan banyak penjuru di kebanyakan DUN, calon dan parti mana yang menang besar dalam PRN kali ini agak sukar dijangka kerana ekoran pertambahan besar golongan pengundi baru dalam kalangan muda.

 

Lebih 700,000 orang atau hampir 30 peratus pemilih baru dalam kalangan anak muda di Johor bakal mengundi berikutan pendaftaran automatik Undi18 iaitu mereka yang berusia 18 tahun ke atas.

 

Persoalannya, mampukah sebahagian besar mereka turun mengundi? Melihat kepada angka besar pengundi baru ini, jika ia benar-benar diterjemahkan di kertas undi, sudah tentu ia bakal merubah landskap politik dan pilihan raya di Johor.

 

Namun begitu, senario ‘mood’ anak muda yang akan turun mengundi belum dapat dibaca berikutan ketidaktentuan situasi politik tanah air akibat perubahan demi perubahan sama ada kerajaan pusat mahupun negeri.

 

Jika lebih ramai anak muda turun mengundi, ini menunjukkan mereka amat cakna dengan situasi politik semasa dan mahu menggunakan kuasa mereka memilih pemimpin atau parti yang dirasakan benar-benar berkhidmat dan memperjuangkan hak mereka.

 

Jika bilangan anak muda yang turun mengundi ‘suam-suam kuku’ atau di paras sederhana, ini menunjukkan kepercayaan mereka terhadap sistem pilihan raya mula terhakis kerana bimbang kemungkinan calon yang dipilih bakal melompat.

 

Jika sedikit anak muda yang turun mengundi, ini menunjukkan kepercayaan mereka terhadap sistem pilihan raya sudah terhakis dan mereka sudah tidak yakin dengan sistem pemilihan pemimpin yang sedia ada, dan ini sesuatu yang tidak baik untuk masa depan negara.

 

Sewajarnya kerajaan pusat, negeri, badan bukan kerajaan, pertubuhan sivil dan pelbagai pihak melakukan sesuatu bagi mendidik dan menyedarkan anak muda tentang kepentingan menggunakan hak mereka untuk memilih pemimpin dan parti yang mampu membangunkan negara dan negeri.

 

Saya yakin anak muda memang cakna dengan situasi politik dan pilihan raya di negeri mahupun negara, tinggal lagi sejauh mana kedekatan dan keprihatinan pemimpin dan parti politik memperjuangkan nasib mereka khususnya, bukan ketika pilihan raya sahaja.

 

Anak muda kini lebih bijak menilai calon-calon pilihan raya kali ini sebagai pemimpin pilihan mereka yang kompeten dan berintegriti. Penilaian mereka bukan sahaja di media sosial, bahkan juga melalui khidmat para pemimpin yang terbukti di medan nyata.

 

Ayuh anak muda Johor, terjemahkan hak anda memilih pemimpin yang lebih baik di kertas undi pada Sabtu ini!

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia