MSM18: Hebat jasmani, hebat rohani

Disertai seramai 132 orang ahli kelab dari seluruh muhafazah, MSM18 merupakan penjenamaan baru bagi program Jaulah Ikhwah Syita’ (JAISY) dan Winter Gathering (WinG) yang saban tahun diadakan.

“Pelbagai aktiviti dan pengisian telah dilaksanakan sepanjang tiga hari ini yang memberi fokus kepada pembinaan jati diri para peserta melalui pemantapan aspek fizikal dan rohani selain merapatkan ikatan ukhuwah Islamiah sesama peserta,” kata penyelaras program.

Antara aktiviti yang telah dijalankan oleh ikhwah ialah ‘Ice Breaking’ bagi menambah kemesraan dalam kalangan peserta.

“Pantai Maamora juga telah menyaksikan para peserta menyelesaikan misi-misi mereka dalam aktiviti ‘Explorace’ dan ‘War Game’ selain misi membina ‘Osem Gergasi’.”

Manakala bagi akhawat, aktiviti kemuncak bagi MSM18 ini ialah ‘Survival Day’ yang dijalankan pada hari kedua.

“Aktiviti ini menguji para peserta untuk melepasi ujian dan kesusahan bagi mencapai matlamat secara bersama.”

Menurutnya, setiap kumpulan telah diberikan barang-barang mentah masakan yang berbeza untuk dimasak sendiri sebagai bekalan makanan sepanjang menjalani aktiviti ‘The Amazing Race’ dan ‘Hunger Game’ pada hari tersebut.

“Para peserta juga telah menunjukkan kreativiti dalam mempersembahkan seni pertahanan mengikut kumpulan negara masing-masing pada malam ‘Night Fighter’.”

Selain itu, persembahan seni pertahanan diri pada ‘malam kebudayaan’ menunjukkan bahawa menjadi satu keperluan untuk akhawat mempelajari serta menguasai seni pertahanan diri pada masa kini.

“Biar lembut tapi kuat,” ujar salah seorang peserta.

Selain aktiviti yang menguji kekuatan fizikal, pengisian yang menghidupkan hati dan rohani juga turut diadakan untuk peserta ikhwah dan akhawat.

Kepentingan mengenal dan berpegang dengan kebenaran serta membina 10 sifat tarbiah dalam diri individu muslim telah ditekankan dalam kedua-dua slot tersebut selain berkongsi tentang kisah para sahabat dalam tazkirah Subuh.

Dalam perkembangan yang berkaitan, para peserta turut rancak berkongsi pendapat dan pandangan dalam slot-slot pengisian.

Bagi Pengarah MSM18, Wan Abdul Rahman Wan Ibrisam Fikry, beliau berharap MSM18 dapat memberi impak yang positif dalam membina peribadi muslim yang lebih baik dalam kalangan peserta mahupun urusetia.

“Perkhemahan musim sejuk seperti MSM ini wajar dilaksanakan setiap tahun bagi menyahut seruan ke arah membina peribadi Muslim yang hebat jasmani dan rohani,” tambah beliau.

Bertemakan “Healing Camp, Spread The Positivity”, program MSM18 ini diharapkan mencapai objektif dan tujuan utamanya bagi melahirkan para mahasiswa yang berjati diri teguh dan berusaha memperbaiki diri dalam segala aspek kehidupan bagi mencapai kemenangan di dunia dan di akhirat.

Foto MSM18: http://bit.ly/2Bh9BwC

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia