Laksana moratorium politik total – #KAMIMALAYSIA

SERI KEMBANGAN – Melihat ketidakseimbangan politik yang dijangka akan berlarutan sehingga menjejaskan hala tuju negara pada saat genting krisis pandemik, ahli-ahli politik digesa agar melaksanakan moratorium politik secara total.

 

“Bagi merawat permasalahan ini, akar puncanya perlu ditangani, #KAMIMALAYSIA melihat tiada cara lain melainkan ahli politik melaksanakan moratorium politik secara total,” tegas jurucakap #KAMIMALAYSIA, Datuk M. Nizam Mahshar dalam sidang media pelancaran gerakan itu semalam.

 

Jelasnya, moratorium politik yang berkesan tidak akan dapat dilaksanakan selagi kita tidak keluar daripada kerangka politik yang berkisar kepada kepartian.

 

“Justeru proses pelantikan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri baharu seperti yang lazim diamalkan sebelum ini yang berdasarkan kepada perbincangan di kalangan parti-parti komponan dalam kerajaan, berkemungkinan bukanlah jalan keluar terbaik di saat pandemik ini, memandangkan proses perebutan kuasa akan sentiasa berlaku nanti.”

 

Dengan kerana itu, ujarnya, #KAMIMALAYSIA telah memulakan suatu pergerakan yang terdiri daripada rakyat Malaysia berbilang kaum, berbilang agama, merentas fahaman politik serta pegangan ideologi, bagi menuntut dan menawarkan penyelesaian kepada permasalahan pada hari ini, demi kebaikan bersama.

 

“Tuntutan dan tawaran penyelesaian yang bersifat overhaul (membaik pulih) politik ini datangnya daripada gabungan aktivis, akademia, rakyat akar umbi, pimpinan perniagaan dan korporat, masyarakat sivil, pemimpin masyarakat dan belia, serta ulama dan kepimpinan agama,” tambah Nizam.

 

Menurut beliau, dalam konteks isu semasa segera hari ini, #KAMIMALAYSIA menyembah takzim agar Yang di-Pertuan Agong melantik seorang Perdana Menteri yang pada hemat Baginda mungkin memiliki sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat sedia ada, seperti kehendak Perlembagaan Persekutuan atau melantik Perdana Menteri Interim.

 

“..kami menuntut agar Jemaah Menteri yang dilantik itu mestilah suatu Jemaah yang kecil dengan portfolio yang perlu sahaja, dan dilantik bukan atas dasar keahlian dalam parti, sebaliknya kebolehan dan merit, selain mempunyai rekod yang bersih.”

 

Kata Nizam, Jemaah Menteri hendaklah mempunyai keberanian dan keikhlasan, dan dengan segera menubuhkan sebuah Majlis Khas Kecemasan Pemulihan Negara untuk menangani isu pandemik dan kesan-kesan lain kepada negara. 

 

#KAMIMALAYSIA turut mencadangkan agar Ahli-ahli majlis tersebut mestilah terdiri sepenuhnya daripada kalangan figura berwibawa, teknokrat, profesional, akademia, dan pakar bidang, pemimpin gerakan sivil termasuk wakil-wakil pegawai kerajaan kanan dari sektor-sektor yang berkaitan, iaitu terutamanya Kementerian Kesihatan.

 

“#KAMIMALAYSIA yakin dengan adanya Majlis yang tidak melibatkan ahli politik, mereka akan lebih terfokus dan secara profesional dan dapat menumpukan penyelesaian kemelut negara daripada disibukkan berebut kuasa politik sepertimana yang berlaku hari ini.”

 

Tambah Nizam, dasar dan polisi negara boleh ditentukan sepenuhnya secara profesional oleh pakar-pakar yang dilantik dalam Majlis tersebut.

 

“Dan bagi tujuan semak dan imbang, Jemaah Menteri mestilah meletakkan kepercayaan penuh kepada pakar-pakar tersebut dengan membentangkan cadangan-cadangan daripada Majlis tersebut untuk dibahaskan di Parlimen.”

 

Ujarnya, cabang kehakiman mesti terus dibiarkan bebas daripada mana-mana gangguan, sebagai satu lagi semak dan imbang terhadap kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan.”

 

“Cadangan ini dibuat memandangkan kami telah muak dan mual dengan permainan politik oleh kesemua parti sedia ada, sedangkan negara sangat-sangat memerlukan kestabilan untuk keluar dari krisis berangkai kesihatan-ekonomi-sosial-kepimpinan-mental-pendidikan.”

 

Justeru tegasnya, jalan penyelesaiannya adalah untuk ahli-ahli politik mengambil tempat duduk di belakang untuk seketika waktu (take a back seat), bagi membenarkan pihak-pihak yang sebenarnya ahli dan berkemampuan dalam bidang dan skopnya masing-masing untuk menjalankan amanah memulihkan negara.

 

“#KAMIMALAYSIA juga menyeru warga Malaysia untuk mengambil pelajaran daripada episod kekalutan politik hari ini dan menggerakkan secara bersama satu gerakan warga Malaysia untuk merubah budaya politik dan sistem kepartian yang ada pada hari ini, ke arah mencari wakil-wakil rakyat yang benar-benar ingin memberi khidmat kepada rakyat dan negara dan bukan untuk kepentingan peribadi semata-mata pada pilihan raya akan datang.”

 

Dalam pada itu, #KAMIMALAYSIA mengharapkan gelombang kesedaran rakyat dapat dibina untuk mewujudkan muka-muka baharu dalam kepimpinan negara masa hadapan dengan meletakkan syarat ketat bahawa mereka adalah dikalangan mereka yang mempunyai nilai, keilmuan, integriti, moral dan kredibiliti dan tidak terpalit dengan kes-kes mahkamah, aktiviti rasuah, salah guna kuasa dan pelbagai skandal.

 

“Kita memerlukan pemimpin negara yang baharu yang kredibel dan berintegriti untuk memulihkan negara dan membawa negara ke potensinya yang sebenar.”

 

#KAMIMALAYSIA menyeru agar kesemua rakyat Malaysia dapat sama-sama menyokong naratif baharu politik dan kepimpinan agar dapat dibebaskan daripada belenggu sistem kepartian sempit dan membawa budaya politik baharu berteraskan nilai dan integriti untuk kebaikan rakyat dan negara.

 

Dengan tema ‘Halt, Heal, Renew’ (Henti, Rawat, Baharu), #KAMIMALAYSIA adalah gerakan yang menaungi dan bersama pelbagai aktivis, akademia, pimpinan perniagaan dan korporat, masyarakat sivil, pemimpin masyarakat dan belia, ulama dan kepimpinan agama serta moral-influencers sebagai kepimpinan intelektual yang memandu warga Malaysia ke arah masa depan baharu untuk Malaysia yang lebih baik.

 

Sehingga kini, #KAMIMALAYSIA disokong dan didukungi kira-kira 42 orang tokoh-tokoh masyarakat, NGO, agama, ahli ekonomi, akademia, media, belia dan pengarah filem.

 

Antara tokoh-tokoh tersebut adalah Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Dato’ Hussamuddin Yaacub, Pengarah ATMA UKM, Prof. Datuk Seri Dr Awang Sariyan, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican (ISTAC-IIUM) dan mantan Ketua Pengarah ICU-JPM, Tan Sri Zaki Ansore Mohd Yusof.

 

Gerakan ini turut disertai Pengarah Eksekutif Third World Network (TWN), Chee Yoke Ling, Ketua Pegawai Eksekutif Dialektika TV, Sayed Munawar Sayed Mustar, pengarah filem, U-Wei Haji Saari dan Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad.

 

Info lanjut #KAMIMALAYSIA boleh dilayari di pautan https://fb.com/kamimalaysia.org/ dan laman web http://kamimalaysia.org/.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia