Kemenangan Dr Mohamed Morsi sebagai Presiden Mesir ini akan membuka satu lagi lembaran baru dalam sejarah Mesir, sebuah negara yang gah dalam sejarah pemerintahan Islam sejak beberapa kurun yang lalu.
Aqsa Syarif amat berharap agar kemenangan ini akan memberi impak yang sangat positif terhadap isu Palestin dan Masjid Al-Aqsa, lebih-lebih lagi situasi yang berlaku ke atas tanah Gaza yang masih terkepung dek tangan rakus Zionis Israel.
Aqsa Syarif mendoakan agar Dr Mohamed Morsi diberikan taufiq dan kemudahan daripada Allah dalam menjalankan amanah besar memimpin rakyat Mesir seluruhnya. Semoga Allah memberkati setiap langkahnya dalam menuju keredaan dan keampunan-Nya.
Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi
Aqsa Syarif Berhad
Malaysia
Aqsa Syarif mengucapkan jutaan tahniah dan merafak kesyukuran kepada Allah atas kemenangan Dr Mohamed Morsi Isa al-‘Ayyat, calon Ikhwanul Muslimin yang bertanding untuk Pilihanraya Presiden Mesir mewakili parti Hizbul Hurriyah wal ‘Adalah atau Freedom and Justice Party (FJP) pada 16 dan 17hb Jun 2012.