Modul kesedaran, kemanusiaan dan kesukarelawanan diketengahkan di sekolah-sekolah

Jelasnya, ini juga sejajar dengan Wawasan 2020, wawasan negara yang mana salah satu tonggaknya ialah untuk melahirkan masyarakat yang prihatin. Menurutnya, sebagaimana yang kita tahu, masyarakat yang prihatin di masa hadapan ini adalah bergantung kepada anak-anak, pelajar sekolah.

“Sering para ulama atau cerdik pandai menyatakan: Seandainya kamu ingin melihat negara sejahtera, maka lihatlah generasinya.”

Justeru MyCARE sedang berusaha membantu negara, membantu masyarakat, agar anak-anak di sekolah diberi kefahaman yang jelas tentang peranan mereka pada masa hadapan menuju Wawasan 2020 iaitu melahirkan masyarakat yang prihatin dan mengambil tahu tentang apa yang berlaku terhadap rakan-rakan mereka di negara lain. 

“Ini merupakan tahun pertama kita memperkenalkan hastag #KitaKanKawan. MyCARE cuba membawa konsep bahawa Kitakan Kawan, bermakna mereka yang di luar sana, pelajar-pelajar sekolah di Syria, Palestin, mereka adalah kawan kita. Dan MyCARE, pergi ke sekolah-sekolah memperkenalkan bahawa MyCARE fokus kita bukan hanya kepada orang Islam tetapi bersifat global, tidak mengira bangsa, warna kulit, agama dan sebagainya.”

Tambahnya, dalam kempen-kempen kesedaran, kesukarelawanan dan juga kemanusiaan ini, MyCARE hendak menanamkan nilai-nilai murni bahawa kawan-kawan di luar sana juga adalah kawan-kawan kita.

“Sebagaimana kita di Malaysia mendapat peluang belajar di Malaysia dengan baik, sisitem pendidikan yang canggih dengan prasarana yang bagus. Berlainan pula rakan-rakan kita di Palestin yang sentiasa diburu oleh Israel, di Syria, di Iraq, dihimpit dengan pelbagai kesusahan untuk mereka dapat meneruskan pembelajaran.”

Beliau berkata, sebenarnya kempen kesedaran, kemanusiaan dan kesukarelawanan dalam kalangan anak-anak di Malaysia telah mendapat persetujuan dan surat rasmi daripada Kementerian Pendidikan dan juga jabatan-jabatan pendidikan negeri.

“Dengan kerjasama jabatan pelajaran, MyCARE telah menghubungi pengetua dan MyCARE membawa pakej, mengendalikan bimbingan kepada sekolah yang memerlukan bimbingan untuk mereka melaksanakan kempen di sekolah dan juga membentuk kelab-kelab kesukarelawanan di sekolah.”

Dalam kempen ini menurutnya, MyCARE akan memilih 15 hingga 30 orang pelajar dalam sesebuah sekolah dan mereka diberikan lencana dan juga tabung, dan mereka dilantik sebagai sukarelawan MyCARE dan pada hujungnya nanti, mereka akan diberikan sijil daripada MyCARE.

“Objektif kempen MyCARE di sekolah melalui pendekatan 3K iaitu, kesedaran, kefahaman dan kemenjadian murid.”
Ujarnya, wakil-wakil MyCARE di Palestin, Syria, Lubnan, kem-kem pelarian sejumlah 500,000 di sempadan Syria, sekolah yang telah Rose2Rose wujudkan akan mengenal pasti siapa pelajar yang akan menerima sumbangan ini.

“MyCARE memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak dan melatih pelajar-pelajar menjadi sukarelawan dan secara tidak langsung mereka akan terhindar daripada perkara-perkara negatif dan boleh jadi waktu-waktu lapang, mereka akan terlibat dengan aktiviti MyCARE sekiranya ibu bapa atau guru mereka mengizinkan.”

Menurutnya projek ini mensasarkan bantuan persekolahan yang berharga hanya RM150 bagi kanak-kanak di Palestin, Syria, Iraq, Myanmar, Filipina dan Vietnam. Tarikh tamat dijangka berakhir pada 30 November 2015.

Program ini dijalankan setiap tahun semenjak tahun 2011 untuk membantu pelajar-pelajar khususnya pelajar di Palestin, Syria, Iraq dan di Myanmar, bagaimana seharusnya mereka juga mendapat hak untuk ke pergi sekolah dengan keperluan beg sekolah, pakai seragam yang sesuai untuk mereka gunakan.

Video: http://bit.ly/1jjQFBk

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia